Jajahan Machang
Koordinat: 5°45′39″N 102°12′57″E / 5.7608°N 102.2158°E
Machang ماچڠ | |
---|---|
![]() Peta lokasi Machang (Merah) | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Kerusi | P.029 Machang |
Kerajaan | |
• Ketua jajahan & Yang dipertua Daerah | Nik Muhammad Hasanuddin bin Nik Hussain |
Luas | |
• Jumlah | 528.21 km2 (203.94 batu persegi) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 93,087 [1] |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Kod kawasan | 09 |
Machang (Jawi: ماچڠ, bahasa Thai: มาจัง) merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan Darul Naim yang terletak di negeri Cik Siti Wan Kembang.
Machang merupakan sebuah jajahan di utara Kelantan, dengan keluasan lebih kurang 1227 km². Machang terletak di timur Semenanjung Melayu, di dalam negeri Kelantan berhadapan dengan Laut Champa dan bersempadan dengan jajahan Kuala Krai, Tanah Merah, Kota Bharu dan Pasir Puteh.
Machang mempunyai sebanyak 93,087 orang penduduk (banci 2010). Machang juga merupakan nama sejenis pokok buah.
Terdapat 6 daerah di Machang iaitu Labok, Pulai Chondong, Panyit, Pangkal Meleret, Ulu Sat, dan Temangan. Jumlah mukim di Machang ialah 30.
Di bahagian utara jajahan Machang terdapat jajahan Kota Bharu, di timurnya Jajahan Pasir Puteh dan bersempadan dengan Negeri Terengganu, di barat ialah Jajahan Tanah Merah manakala di selatan ialah Jajahan Kuala Krai.
Machang ialah sebuah pentadbiran daerah agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan peladang dan penoreh.
Antara tarikan sejarah di sini ialah Menara Masjid Pulai Condong. Salah satu kampus cawangan Universiti Teknologi MARA juga bertempat di Machang selain terkenal sebagai tempat kelahiran penyanyi berprolifik, Misha Omar, dan selebriti kontroversi, Vida.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 1880, sekumpulan penduduk kampung yang diketuai oleh Encik Senik Awang Kecik dari Pasir Tumboh di Kota Bharu membuka sebuah kampung Machang[2]. Pembukaan kampung ini adalah ekoran banjir besar yang melanda negeri Kelantan dan telah mendorong ramai penduduk untuk mencari lokasi baharu untuk tinggal.
Aktiviti utama pada awal pembukaan di penempatan ini ialah pertanian dan perniagaan. Sekitar 1949, jajahan Machang telah dijadikan sebagai jajahan kecil dan pada 1952, Januari 1 jajahan kecil ini telah dijadikan jajahan sepenuhnya ekoran kepesatan perkembangan kegiatan ekonomi.[2]
Tempat menarik[sunting | sunting sumber]
Antara tempat menarik di Daerah Machang yang sering dikunjungi oleh orang ramai ialah kolam air panas yang terletak di Kampung Rengas Tok Bok, Hutan Lipur Bukit Bakar[3], Air Terjun Jeram Linang[4], Hutan Lipur Jeram Batang Nyor dan Hutan Lipur Cabang Tongkat. Di hutan cabang Tongkat terdapat beberapa jenis bunga Raflesia.[perlu rujukan] Terdapat juga kawasan bersejarah dan mercu tanda di daerah ini untuk dilawati seperti Jambatan Guillemard, Lombong Bijih Besi Temangan[5] dan juga Menara Masjid Pulai Condong[6]
Sekolah[sunting | sunting sumber]
- Sekolah menengah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad
- Sekolah Menengah Kebangsaan Machang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah (1)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah (2)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Intan
- Sekolah Menengah Kebangsaan Temangan
- Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Meleret
- Sekolah Menengah Sains Machang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Machang
Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat[sunting | sunting sumber]
Sekolah rendah
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Hwa
- Sekolah Kebangsaan Dewan Besar
- Sekolah Kebangsaan Labok
- Sekolah Kebangsaan Tok Bok
- Sekolah Kebangsaan Machang (1)
- Sekolah Kebangsaan Machang (2)
- Sekolah Kebangsaan Pulai Chondong
- Sekolah Kebangsaan Pangkal Gong
- Sekolah Kebangsaan Kampung Pek
- Sekolah Kebangsaan Temangan
- Sekolah Kebangsaan Ayer Merah
- Sekolah Kebangsaan Hamzah (1)
- Sekolah Kebangsaan Hamzah (2)
- Sekolah Kebangsaan Bukit Tiu
- Sekolah Kebangsaan Belukar
- Sekolah Kebangsaan Bandar
- Sekolah Kebangsaan Pak Roman
- Sekolah Kebangsaan Mata Ayer
- Sekolah Kebangsaan Pangkal Nering
- Sekolah Kebangsaan Pangkal Jenereh
- Sekolah Kebangsaan Kelaweh
- Sekolah Kebangsaan Pangkal Mak Wan
- Sekolah Kebangsaan Sungai Bagan
- Sekolah Kebangsaan Paloh Rawa
Jajahan Machang[sunting | sunting sumber]
- Mukim Bagan
- Mukim Bakar
- Mukim Dewan
- Mukim Gading Galoh
- Mukim Jakar
- Mukim Joh
- Mukim Kelaweh
- Mukim Kerawang
- Mukim Kerilla
- Mukim Kuala Kerak
- Mukim Labok
- Mukim Limau Hantu
- Mukim Machang
- Mukim Padang Kemunchut
- Mukim Pek
- Mukim Pemanok
- Mukim Pulai Chondong
- Mukim Raja
- Mukim Temangan
- Mukim Tengah
- Mukim Tok Bok
- Mukim Ulu Sat
- Bandar Machang
- Pekan Temangan
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf
- ^ a b "LATAR BELAKANG MACHANG". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-10-05.
- ^ "Hutan Lipur Bukit Bakar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-10-05.
- ^ "Air Terjun Jeram Linang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-10-05.
- ^ "Lombong Bijih Besi Temangan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-10-05.
- ^ "Menara Condong". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-10-05.