Jajahan Pasir Puteh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pasir Puteh
Jajahan Pasir Puteh
Transkripsi lain
 • Jawiڤاسير ڤوتيه
 • Cina巴西富地县
Bendera bagi Pasir Puteh
Official seal of Pasir Puteh
Jata
Lokasi Jajahan Pasir Puteh di Kelantan
Lokasi Jajahan Pasir Puteh di Kelantan
Map
Koordinat: 5°50′N 102°24′E / 5.833°N 102.400°E / 5.833; 102.400Koordinat: 5°50′N 102°24′E / 5.833°N 102.400°E / 5.833; 102.400
Negara Malaysia
Negeri Kelantan
KerusiP028 Pasir Puteh
Kerajaan kawasan tempatanMajlis Daerah Pasir Puteh
Kerajaan
 • Ketua Jajahan &
Yang di-Pertua Daerah
Ahmad Adlee Bin Yasin
 •  Ahli ParlimenNik Muhammad Zawawi Salleh
Luas
 • Jumlah433.8 km2 (167.5 batu persegi)
Penduduk
 (2010)[2]
 • Jumlah117,383
 • Kepadatan270/km2 (700/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Not observed)
Poskod
  • 16800
  • 16810
  • 16700
Kod panggilan+6-09
Plat pendaftaran kenderaanD
Laman webptjpp.kelantan.gov.my
mdpputeh.kelantan.gov.my

Pasir Puteh merupakan salah satu daripada 11 jajahan pentadbiran negeri Kelantan, Malaysia. Bandar terbesar dalam jajahan ini juga mempunyai nama Pasir Puteh.[3]

Jajahan Pasir Puteh merupakan salah satu daripada enam zon yang dikelolakan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Jenis-jenis perusahaan kraftangan yang diusahakan oleh mereka adalah seperti kraftangan daripada perak, buluh daun tal, besi, seramik, tembaga, daun nipah, kayu, dan mengkuang.

Jajahan Pasir Puteh mempunyai hospital sendiri, iaitu Hospital Tengku Anis yang terletak di Jalan Kota Bharu. Selain itu, jajahan ini mempunyai ibu pejabat polis sendiri, bersama-sama dengan sekurang-kurang empat balai dan dua pondok polis.

Jajahan Pasir Puteh mempunyai 8 daerah dan 73 buah mukim Penghulu. Daerah-daerah itu ialah Padang Pak Amat, Bukit Abal, Bukit Awang, Bukit Jawa, Kampung Gong Datuk, Jeram, Limbongan dan Semerak. Keluasan keseluruhan jajahan ini ialah 167.2 batu persegi (433.8 kilometer persegi).

Penduduk[sunting | sunting sumber]

Pasir Puteh mempunyai penduduk sebanyak 117,383 (banci 2010). Peratusan penduduk Melayu ialah 98%, Cina 1.5% dan lain-lain 0.5%. Jajahan Pasir Puteh bersempadan dengan Jajahan Bachok di sebelah utara, dan bersempadan dengan Negeri Terengganu di sebelah selatan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pasir Puteh sebelumnya lebih dikenali dengan nama Pangkalan Limbongan. Bandar Pasir Puteh mendapat namanya setelah lawatan oleh Sultan Muhammad IV pada tahun 1911. Sultan Muhammad IV sangat kagum dengan keputihan dan kilauan pasir di sepanjang tebing sungai. Oleh itu, Sultan telah mengistiharkan nama tempat ini sebagai Pasir Puteh.

Tempat-Tempat Tarikan Pelancong[sunting | sunting sumber]

Pasir Puteh Sentral[sunting | sunting sumber]

Pasar raya Econsave di Pasir Puteh Sentral

Pantai Bisikan Bayu[sunting | sunting sumber]

Pantai Bisikan Bayu, juga dikenali sebagai "Pantai Dalam Rhu", terletak di jajahan Pasir Puteh, berhampiran dengan Semerak, kira-kira 50 kilometer daripada Kota Bharu. Pantai ini yang mengandungi pokok-pokok ru adalah sesuai untuk perkelahan keluarga. Kemudahan luncur angin juga disediakan di tempat persiaran ini. Terdapat kemudahan penginapan dalam bentuk resort seperti Tok Aman Bali yang bertaraf 3 bintang.

Jeram Pasu[sunting | sunting sumber]

Air terjun Jeram Pasu yang merupakan air terjun Kelantan yang paling popular terletak di Kampung Padang Pak Amat, lebih kurang 35 kilometer dari selatan Kota Bharu. Untuk pergi ke Air Terjun Jeram Pasu anda boleh pergi dengan kenderaan sendiri dan juga kenderaan awam. Di Kampung Sungai Durian dalam daerah Bukit Abal terdapat hutan simpan Chabang Tongkat yang mempunyai jeram yang cantik juga iaitu Jeram Mengaji. Pihak berkuasa tempatan telah menyediakan kemudahan untuk pelancong-pelancong dan masyarakat tempatan berkelah serta khemah-khemah untuk bermalam.

Jeram Mengaji[sunting | sunting sumber]

Jeram mengaji
Laluan air yang turun dari jeram

Pasar Siti Hajar[sunting | sunting sumber]

Pasar Siti Hajar merupakan sebuah pasar terletak di Pasir Puteh Sentral dan dibuka kepada awam pada 2018. Terdapat sebuah lagi pasar dengan nama Pasar Siti Sarah yang terletak di Pekan Selising.

Jalan masuk ke Pasir Puteh Sentral dari Jerteh (kiri) atau Jalan Bypass (kanan)

Tokoh tempatan[sunting | sunting sumber]

Salah satu tokoh jajahan Pasir Puteh ialah Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang juga dikenali sebagai Tok Janggut disebabkan janggutnya yang panjang dan putih. Seorang petani dan pedagang padi, beliau mengetuai pemberontakan tani di Tanah Melayu pada tahun 1915 terhadap pemerintahan penjajah British yang bermula pada tahun 1909.

Antara kesan-kesan pemerintahan penjajah adalah kehilangan kuasa ketua-ketua daerah dan pengenalan bentuk-bentuk pencukaian tanah yang tidak dialu-alukan. Sebagai bekas pengikut ketua Pasir Puteh, Tok Janggut dijejaskan oleh kedua-dua langkah ini. Pada April 1915, beliau mengetuai pemulauan cukai dan kemudian pemberontakan bersenjaga yang terdiri daripada hampir 2,000 orang petani semata-mata untuk mengusir pihak British. Askar-askar British dari Singapura dibawa masuk untuk mematahkan pemberontakan ini yang berlangsung selama sebulan. Tok Janggut terbunuh dalam serangan terakhir kubunya, dan nama beliau masih hidup sebagai pahlawan awal terhadap perjuangan bertentang penjajahan British.[perlu rujukan]

Penempatan di Pasir Puteh[sunting | sunting sumber]

  • B

Kampung Bukit Tanah, Kulim

Kampung Banggol Kerian

Kampung Banggol Teliput

Kampung Banggol Pa' Esah

Kampung Banir Belikong

Kampung Batu Hitam

Kampung Bukit, Pasir Puteh

Kampung Bukit Awang

Kampung Bukit Belah, Gaal

Kampung Bukit Gedombak

Kampung Bukit Yong, Pasir Puteh

Kampung Bunut Rendang, Pasir Puteh

  • C

Kampung Changgal

Kampung Chengal Batu

Kampung Chengal Pulas

Kampung Cherang Tuli

Kampung Gong Chokoh

  • D

Kampung Dalam Huma, Pasir Puteh

Kampung Dalam Kemunting

Kampung Dalam Pisang

Kampung Daram Buaya

  • G

Kampung Gaal

Kampung Gaal Tengah

Kampung Gong Ambong

Kampung Gong Ara

Kampung Gong Kulim

Kampung Gong Kala

Gong keding

Gong Kemuning

Gong Lapang

Gong Tinggi

Gong Kedak

Gong Depu

Gong Pasir

Gong Sepuleh

Gong Chengal

Gong Pachat

Gong Datuk

Kampung Gong Manok

Kampung Gong Ghuchil

Kampung Gong Nangka, Pasir Puteh

  • J

Kampung Jebak

Kampung Jelor

Kampung Jelor Hilir

Kampung Jelor Hulu

Kampung Jeram, Pasir Puteh

Kampung Jeram Pasu

Kampung Jerat Semata

  • K

Kampung Kandis

Kampung Kelubi, Pasir Puteh

Kampung Kemal

Kampung Kemudu Bongkok

Kampung Kok Berangan

Kampung Kok Jering

Kampung Kulim, Pasir Puteh

  • L

Kampung Lembah, Pasir Puteh

Kampung Lepan Rambai

Kampung Lubok Dalam, Pasir Puteh

Kampung Lubuk Star

  • M

Kampung Merkang

  • N

Kampung Nara

Kampung Nering, Pasir Puteh

  • P

Kampung Padang Pak Amat

Kampung Padang Siam

Kampung Padang Tok Syed

Kampung Pagar Raja

Kampung Panggong Tiga Daerah

Kampung Permatang Rambai, Pasir Puteh

Kampung Permatang Sungkai

Kampung Pintu Pupuh

Kampung Pulau Lima

Kampung Pulau Sa


Kampung Puyu

  • S

Kampung Saring

Kampung Seligi

Kampung Sungai Gali

Kampung Sungai Petai, Pasir Puteh

Kampung Sungai Rasau

Kampung Sungai Seligi

Kampung Surau, Pasir Puteh

Sungai Labi

  • T

Taman Darul Salam

Kampung Taweh

Kampung Tebing Tinggi, Pasir Puteh

Kampung Telaga Gayong

Kampung Telosan

Kampung Temila

Kampung Teratak Batu

Kampung Tok Nik

Kampung Tasek

Kampung Tok Kundor

  • W

Kampung Wakaf Berangan

Kampung Wakaf Bunut, Pasir Puteh

Kampung Wakaf Lanas

Kampung Wakaf Linchong

Kampung Wakaf Raja

Kampung Wakaf Tukup

Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Latar Belakang - Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh". ptjpp.kelantan.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada November 30, 2018.
  2. ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Pasir Puteh