JakTV

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Logo Jak TV

JakTV adalah sebuah stesen televisyen wilayah di Indonesia yang memfokuskan siarannya di wilayah Jakarta. Stesen ini ditubuhkan pada 28 Oktober 2004 dan dilancarkan secara rasmi pada 16 Mac 2005 di Istora Senayan.

Stesen yang dimiliki MahakaGroup dan Electronic City ini memfokuskan penonton berusia 18-45 tahun. Bermottokan "My City, My TV", program acara di JakTV ialah 80% hiburan dan selebihnya program berita.