Kuih karas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jala (kuih))
Jump to navigation Jump to search
Kuih karas
Kuih jala and Kuih goyang.jpg
Kuih jala gulung (kiri) dengan Kuih goyang (kanan).
JenisSnek (Kuih)
Jenis sajianKuih jala
Tempat asalMalaysia, Brunei
KawasanSabah, Sarawak
Dicipta olehOrang Brunei dan Iban
Bahan utamaTepung beras, minyak masak, gula Melaka/gula
di Wikibuku Buku Masakan: Kuih karas  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Kuih karas


Kuih karas atau kuih jala adalah kuih tradisional dari Kedah (dikenali sebagai karas), Sabah dan Sarawak di Malaysia dan Brunei (dikenali sebaga jala)[1][2][3] Di Sarawak, ia dikenali sebagai snek tradisional untuk Iban.[4] Ia sangat berbeza dari roti jala di Semenanjung Malaysia. Di Kedah, kuih ini biasanya ditemui di Daerah Kota Setar.[5] ia sesuai untuk dimakan semasa minum teh dengan secawan kopi panas.

Kuih ini merupakan sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras. Ia mempunyai bentuk seperti jaringan halus seperti bihun tetapi rangup dan rasanya manis.

Kuih ini mempunyai bentuk seperti jala halus yang agak keras dan mempunyai rasa yang manis dan garing.

Kuih ini dihasilkan dengan menggunakan adunan tepung beras cair yang dikirai dengan menggunakan acuan khas dalam minyak panas sehingga kuning keemasan. Ia kemudian diangkat dan dilipat atau digulung.

Galeri[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Big-scale Raya celebration surprises Briton". Borneo Post Online. 21 August 2012. Dicapai 17 August 2013. 
  2. ^ "Sabah Food and Ethnic Handicraft Carnival launched". Borneo Post Online. 23 May 2013. Dicapai 17 August 2013. 
  3. ^ Ak. Jefferi Pg. Durahman (27 October 2014). "Kekalkan Warisan Kuih Tradisi Brunei" (dalam bahasa Malay). Pelita Brunei. Diarkibkan daripada asal pada 17 November 2016. Dicapai 11 May 2016. 
  4. ^ "Dapur Ratu: Kuih jala" (dalam bahasa Malay). Berita Harian. 28 April 2011. Dicapai 17 August 2013. 
  5. ^ "Kuih Karas" (dalam bahasa Malay). JKKN. Dicapai 20 December 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]