Jan jan jala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jala itik)

Jan jan jala atau jala itik merupakan lagu yang dimainkan bersama oleh kanak-kanak masyarakat Melayu.

Lazimnya, permainan ini perlu dimainkan lebih daripada empat orang. Dua orang akan saling berpaut pada bahu masing-masing atau memegang tangan masing-masing dan meninggalkan ruang tengah untuk memberi laluan. Pemain lain akan memasuki ruangan itu ketika lagu dinyanyikan dan sebaik sahaja lagu habis dinyanyikan, pemain yang masih di ruangan tengah itu akan ditangkap dan dikira kalah dan didenda.

Lirik lagu[sunting | sunting sumber]

Jan jan jala
Jala itik jala ayam
Berapa lubang kancil
Seratus lima puluh
Singgah Gayah singgah
Makan sirih mulut merah
Cik Gayah junjung
Cik Gayah junjung
Cik Gayah mengandung

Rujukan[sunting | sunting sumber]

1. http://malaysiana.pnm.my/03/0309jala_itik.htm Diarkibkan 2011-03-03 di Wayback Machine