Jalaluddin Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jalaluddin Hasan)

Jalaluddin Hassan
Dato' Jalaluddin pada 2012.
Kelahiran
Jalaluddin bin Hassan

(1954-02-18) 18 Februari 1954 (umur 70)
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif1984–kini
Pasangan
  • Datin Hashimah Haji Aksan (k. 1977; m. 2016)
  • Ridani Ghani (k. 1997; c. 1997)
  • Datin Rapidah Abdul Ghani (k. 2017)
Anak-anak8
IbuPuan Sri Datin Sahara Abdul Samad
BapaTan Sri Dato' Haji Hassan Azhari
Saudara

Yang Berbahagia Dato' Jalaluddin bin Tan Sri Dato' Haji Hassan, D.P.T.J (lahir 18 Februari 1954) merupakan seorang pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau terkenal sebagai hos Who Wants to Be a Millionaire?, malah teg nama iaitu "Anda pasti" dan "Jawapan Muktamad" semasa menjadi hos rancangan ini menjadi siulan masyarakat Malaysia pada ketika itu. Beliau telah dianugerahkan Darjah Dato' Paduka Tuanku Ja'afar (D.P.T.J) yang membawa gelaran "Dato'" oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman sempena hari keputeraan baginda.[1]

Beliau telah menerima pelbagai anugerah sepanjang menjadi seorang pengacara dan pelakon selama hampir 3 dekad melibatkan diri dalam indusri hiburan. Antaranya ialah Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Seri Angkasa menerusi drama Jejak Perantau, Pelakon Drama Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian selama 3 tahun, Pengacara Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2003 melalui drama Tarantula dan pada tahun 2009 menerima Anugerah Seni Negara - (Seni Teater-Pelakon).[2] Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 18 Februari 1954 di Setapak, Kuala Lumpur (ketika itu di Selangor) dan merupakan anak ketiga Tan Sri Haji Hassan Azhari (1928–2018),[4] seorang sarjana agama yang mempunyai program khusus mengajar Al-Qur'an di Radio Televisyen Malaysia dari tahun 1960 hingga 2000.[5] Beliau merupakan adik kepada Tan Sri Musa Hassan,[6] bekas Ketua Polis Negara di Polis Diraja Malaysia, dan Dato' Fuad Hassan (1952-2014),[7][8][9][10] bekas ADUN Ulu Klang dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Kementerian Penerangan.[11] Beliau berketurunan Melayu Banjar.[12]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya lakonan Dato' Jalaluddin bermula pada 1990 menerusi telefilem Bukan Impian yang turut dibintangi oleh Rozie Rashid dan Mubarak Majid, ketika itu beliau berusia 36 tahun. Empat tahun kemudian, beliau memegang watak sebagai Husin dalam filem arahan Ahmad Fauzee Panggilan Pulau, pembikinan semula daripada filem 1954 dengan tajuk sama arahan S. Ramanathan lakonan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Setahun kemudian, Jalaluddin menjayakan peranan Hang Tuah dalam filem cereka sains XX Ray II arahan Aziz M. Osman yang ditayangkan pada 25 November 1995.

Jalaluddin merupakan antara salah seorang barisan pelakon drama lipur lara Idaman, bersama Deanna Yusoff, Norazah Aziz, Hamidah Wahab, Sean Ghazi, Dian P. Ramlee dan Kartina Aziz. Drama ini diiktiraf sebagai drama Melayu paling terpanjang di dunia, disiarkan di Astro Ria dari 1998 hingga 2001.[13][14]

Antara 2000 dan 2002, Jalaluddin mengacarakan rancangan kuiz Who Wants to Be a Millionaire? versi Malaysia, yang bersiaran di ntv7.[15] Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[16]

Satu-satunya filem lakonan Jalaluddin pada 2006 ialah filem cereka sains komedi, Cicak-Man arahan Yusry KRU lakonan Saiful Apek yang ditayangkan pada 7 Disember 2006. Jalauddin memegang watak sebagai Ramlan, Presiden Metrofulus. Beliau kembali menjayakan peranannya dalam kesinambungannya, Cicakman 2 - Planet Hitam (2008).

Antara 2008 dan 2013, Jalaluddin memegang watak Supritenden Razif dalam siri drama polis trafik, Roda-Roda Kuala Lumpur terbitan Skop Productions yang disiarkan di TV2. Lima tahun kemudian, beliau memegang watak Dato’ Hashim, tokoh korporat berjaya yang juga bapa kepada Zack lakonan Syamsul Yusof dan Daniel lakonan Syafiq Yusof dalam siri drama aksi, Evolusi KL Drift: The Series yang diadaptasi dari filem Evolusi KL Drift (2008) arahan Syamsul.[17] Beliau menyertai barisan pelakon termasuk Razak Ahmad, Kamal Adli, Julia Ziegler, Radhi Khalid dan Najwa P. Ramlee beraksi di pementasan teater Asmara Songsang arahan Rahman Adam yang dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya pada 1 dan 2 Mac 2013.[18][19]

Pada 2016, beliau menjayakan peranan King dalam filem aksi komedi, Lu Mafia Gua Gangster arahan Krishna Roy lakonan kumpulan Zero.[20] Juga pada tahun sama, beliau memegang watak Hassan, bapa kepada Aiman lakonan Syamsul Yusof dalam filem cereka sains, Desolasi arahan Syafiq Yusof, ditayangkan pada 8 Disember 2016.[21][22][23]

Kembali bekerja dengan Kabir Bhatia selepas kali terakhir muncul dalam filem Setem (2009), Jalaluddin membintangi filem biografi sejarah Pulang, yang dibintangi oleh Remy Ishak dan Puteri Aishah; beliau memegang watak Omar pada usia 50an. Filem ini diilhamkan dari satu kisah benar peristiwa yang pernah berlaku pada 1940an, ia ditayangkan 26 Julai 2018.[24]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Dato' Jalaluddin berkahwin sebanyak 3 kali. Beliau berkahwin dengan Datin Hashimah Haji Aksan pada 1977 dan dikurniakan 8 anak dan 14 cucu, Datin Hashimah meninggal dunia pada 5 November 2016 akibat komplikasi pembedahan jantung di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).[25][26][27] Datuk Jalaluddin pernah berkahwin kali kedua bersama Ridani Ghani pada 2 Februari 1997, namun perkahwinan tersebut tidak mampu bertahan lama.

Pada 12 November 2017, selepas sekian lama berkenalan menerusi Facebook,[28] beliau mendirikan rumahtangga buat kali ketiga bersama wanita pilihannya Rapidah Abd Ghani dengan sekali lafaz.[29] Rapidah mempunyai empat anak dari perkahwinan terdahulu.[29][30][31][32]

Pada Oktober 2015, Jalaluddin menafikan mengenai berita bahawa beliau telah meninggal dunia seperti yang tersebar di laman media sosial. Dalam temuramah bersama Berita Harian Singapura, Jalaluddin berkata pada mulanya beliau tidak ambil pusing mengenai khabar angin itu.[33] Pada Oktober 2017, beliau dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas mengadu sesak nafas, Jalaluddin ketika itu baru sahaja menjayakan rancangan Assalamualaikum di TV AlHijrah.[34]

Pada 2011, Datuk Jalaluddin tampil membuat penjelasan berhubung penyebaran berita perkahwinan penyanyi, Syella Kamaruddin yang dikaitkan dengan abangnya, Tan Sri Musa Hassan. Berita yang tersebar di laman maya itu, membuatkan beliau dan keluarga terkejut besar dan menyifatkannya sebagai satu tindakan yang memalukan.[35][36]

Bapa beliau, Tan Sri Hassan Azhari meninggal dunia pada 6 Oktober 2018 akibat kanser limfoma.[37] Datuk Jalaluddin mendedahkan keputusan untuk menceburi bidang seni pernah ditentang bapanya: “Arwah pernah tentang minat (dalam bidang seni). Tentangan daripada arwah adalah kenangan yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Namun, lama-kelamaan arwah merestui minat saya selepas melihat kesungguhan saya dalam bidang seni."[38]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1994 Panggilan Pulau Husin Filem pertama
1995 XX Ray II Hang Tuah
Jimi Asmara Engku Sulaiman
Awas Prof. Rahman
Sayang Salmah Jabar
Ringgit Kasorrga Pak Teh
Johnny Bikin Filem Mastar
1996 Suratan Kasih Encik Syukri
Cinta Metropolitan Farouk
Merah Bapa Kasih
1997 Baginda Cikgu Bakar
Gemilang Razlan
1998 Iman Alone Dato' Kamal Ikram
Silat Lagenda Pensyarah (suara)
1999 Nafas Cinta Datuk Rahim
2000 Mimpi Moon Dr. Mansoor
Senario Lagi Pelakon drama Pelakon undangan
Anaknya Sazali Dr. Karim
2001 Spinning Gasing Dirinya sendiri
Putih Bendahara Sri Wak Raja (suara)
2002 Mendam Berahi Datuk Azmi
Gerak Khas The Movie II Raziman
2003 Iskandar Tan Sri Hisham Al-Bakri
Diari Romeo Johan
Mr. Cinderella 2 Dato' Penasihat
2004 Father
Bicara Hati Bapa Noraini
2005 Maaria
Pontianak Menjerit Encik Salleh
2006 Cicak-Man Presiden Ramlan (Presiden Metrofulus)
2007 Jangan Pandang Belakang Daim Penampilan khas
1957: Hati Malaya Sultan Kedah Pelakon undangan
2008 I'm Not Single Borhan
Cinta U-Turn Datuk Jamal
Akhirat Pakcik
Antoofighter: Amukan Drakulat! Dirinya sendiri Pelakon undangan
Susuk Razman Pelakon undangan
Cicakman 2: Planet Hitam Presiden Ramlan (Presiden Metrofulus) Pelakon undangan
2009 Sifu & Tongga Pengarah Hak Asasi Manusia
Rasukan Ablasa Bapa Ashraf Penampilan khas
Setem Adnan Hassan Pelakon undangan
2010 Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami! Nik Mat
Magika Murad
Aku Tak Bodoh Cikgu Anwar
2011 Tolong Awek Aku Pontianak Encik Jamal
Raya Tak Jadi! Haji Ehsan
Apa Tengok Tengok? Bapa Ahmad Daniel
2012 Hantu Gangster Bang Nasir
Shh...Dia Datang Mar
2013 Lemak Kampung Santan Tan Sri Johari Al Bakri
Balada Pencinta Bapa Aishah
Cinderella Datuk Mokhtar
2014 Aku Akan Muncul
Bahaya Cinta Bapa Iskandar
CEO Tan Sri
2015 Darah Panas Bapa Syahana
Biasan
2016 Langit Cinta Datuk Affendi
Lu Mafia Gua Gangster King
Temuan Takdir ACP Hamdan
Desolasi Bapa Aiman
2017 Sindiket Tuan Hassan
Aku Bukan Terrorist Ayah Dayana Penampilan khas
2018 Pulang Omar (50an)
Rise: Ini Kalilah Lelaki Dalam Pesawat Penampilan khas
3: AM Bapa
2019 XX Ray III Hang Tuah
Hero: Jangan Bikin Panas Master Samiri Pelakon undangan
2020 Daulat Malik Penampilan khas
Town Mall Tok Megat
2021 Kerana Korona Leman
Penunggang Agama Dato' Hafsyam
Sa Balik Baju Prof. Pelakon undangan
2022 Jeritan Jin Jaafar
Gila Gusti Tiger Rajah
Mistik 3 Logi Puaka
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Dato Haji Muhammad
Bintang Hatiku
Juang Supt Ibrahim
Tilam Perca Pak Man
2023 Escape Mejar Dzulkarnain
Eva ‘Take Me As I Am’ Hakim
Imam YDP Majlis Agama
Sumpahan Syaitan Branco
Selalu Ada Cikgu Salleh Filem pendek
Syaitan Munafik
2024 Jiwa 8 Belas Atok Li
Jangan Lupa Aku Cinta Padamu
TBA Perisik Pra-produksi
Nur Datuk Ayah Haji Mukhsin Dalam perancangan

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1984 Santan Berlada TV1 2 episod
1989 Kebangkitan
1990 Kelopak Bunga Putih di samping Uji Rashid
1991 Layar Mutiara
1995 Hidayat Hidayat TV3
1996 Meniti Pelangi TV2
1997 Antara Dendam dan Ehsan TV3
1998 City of the Rich TV2
Mak Mertuaku Hazidi TV3 Pelakon undangan
Idaman (Musim 1) Datuk Mansor Astro Ria
1999 Romeo & Juliet TV3
Kembara Bermusim TV1
2000 Spanar Jaya Dirinya sendiri NTV7 Pelakon undangan
2001–2008 Astana Idaman Dato’ Mansor Astro Ria
2002 Titis-Titis Bercantum TV1
2003 Jejak Perantau
2004 Mama Paparazzi TV3
2005 Rafflesia TV2
2006 Janji Diana Murad
Rafflesia 2
Mya Zara Tan Sri Affendi TV3 Pelakon undangan
2007 Dinasti Bilut Datuk Razwan TV1
Datin Diaries TV3
Emil Emilda Tan Sri Nik Baseera Pelakon undangan
2008 Akukah Tanggang Datuk Hisham
Tangisan Bulan Madu Tuan Amir TV1
2009–2013 Roda-Roda Kuala Lumpur Supt. Razif TV2
2009 Yusuff Haji Yaakob TV3
Nur Kasih Haji Hassan
2010 Nigina Datuk Hambali
Siong Prof. Zahir
Bila Musang Berjanggut Albab Al-Masyhur
Janji Kekasih Haji Safuan
Pasukan Gerakan Marin ACP Mohammad Faiz Mohd Faizal TV9
2011 Gemilang Talib TV3
Samson & Delaila Tuan Kamal
Bidadari Dari Raudhah TV1
Laila Manja Datuk Razali TV3
Cinta Elysa Jazman
Tanah Kubur (Musim 2) Dato Astro Oasis Episod: "Derma Duit Surau"
2011–2012 Makbul Anuar TV2
2012 Aishiteru Dato' Ismail TV9
Mahabbah Tan Sri Sabri TV3
Tanah Kubur (Musim 3) Kefli Astro Oasis Episod "Segulung Kain Kapan"
Saiful Nita Tan Sri Sulaiman TV3
Metro Skuad (Musim 2) Malik TV2 Episod: "Kemelut"
2012–2013 Evolusi KL Drift: The Series Dato' Hashim
2013 Cinta Dan Wahyu TV AlHijrah Penampilan khas
Diandra Dato' Fikri TV3
Duri Di Hati Dato' Hamid
Janji Adam Tuan Zaidi
Terukir Di Bintang Dato' Akhbar
Ariana Rose Dato' Wan Jusoh
Super Game Boy Masterminda Astro Ceria
Bukan Kerana Aku Tak Cinta Tan Sri Idris Astro Mustika HD
2014 Masihkah Ada Cinta Dato' Imran TV3
Kifarah (Musim 1) Bomoh TV3 Episod: "Duit"
Kusinero Cinta Astro Mustika HD
Setitis Kasih Darmia Dato Roslan TV9
Permainan Cinta Hypp Sensasi
2015 Tabir Zulaikha Datuk Aziz TV3
Ajaibnya Cinta Datuk Shamsul
Tanah Kubur (Musim 14) Suffian Astro Oasis Episod: "Hamba Allah Atau Hamba Duit"
Embok Belum Terbakar Ku Azhar TV2
2015–2016 Tuan Anas Mikael Tun Akhiruddin Astro Ria
2016 Kasih Di Wajahmu Cikgu Ishak TV1
Kias Ramadan Bapak TV3 Episod: "Bapak Raya"
2017 Isteri-Isteri Ayah Abang Kamal
2017–2018 Syurga Yang Kedua Daud Astro Prima
Kekasih Paksa Rela Dato' Azman TV3
2018 Nur Datuk Ayah Haji Mukhsin
Cinta Koko Coklat Tan Sri Farish NTV7 Pelakon undangan
Shah & Zam Dato Abai TV3
Lelaki Kiriman Tuhan Ayah Naira Astro Oasis Pelakon undangan
2019 Nur 2 Datuk Ayah Haji Mukhsin TV3
Sweet Dreams Atok Hanapi Astro Ria
Lelakimu Yang Dulu Haji Fuad TV3
Gerak Khas (Musim 19) Dato' Effendy TV2 Episod: "Pancaroba"
TQ Captain Pak Din Astro Ria
2020 Seindah Tujuh Warna Pelangi Tok Ayah / Dato' Haji Deraman TV3
Jalan Sesat Ke Syurga Zaqwan Astro Prima
Angkara Cinta Tuan Saddam
2021 Melastik Ke Hatimu Wan Asri TV3
Marry Me Senorita Engku Aziz Astro Ria
Keluarga Baha Don (Musim 3) Pengacara Viu
Hilangkah Janji Kita Tan Sri Syed Hypp Sensasi
Langkah Terakhir Hj. Shaari TV Okey
Diva Popular 2 Awesome TV
Kisah Cinta Kita Datuk Ramzi TV3
2022 3 Nota Cinta Bahar
Nusyuz Berkiblat Cinta Haji Aris Astro Ria
Kerana Aku Isteri Bidaan Dato' Arbain TV3
Demi Rahman TV Okey
Tiada Maaf Buatmu Tan Sri Berahim Astro Ria
2023 Special Force: Anarchy Datuk Imran Hassan Disney+ Hotstar
Imam Instant Ustazah Scammer Pak Awang Astro Ria Pelakon undangan
Liar Sulaiman Ibrahim
Melastik Ke Hatimu 2 Wan Asri TV3
Entitled Prime Video
Hikayat Pak Belalang Sultan Astro Ceria
2024 Si Jantung Hati Zul Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1990 Bukan Impian Bahrin TV1 Telefilem pertama
Bingong Harun VHS
1994 Pulau Alang Seman TV3
Pengantin Popular
1995 Diufuk Kasih
Percintaan TV1
1996 Miang Tak Jadi Abang Syukur TV3
1996 Orang Gaji
1997 Bunga-Bunga Retak di samping Uji Rashid
2000 Misteri Bulan Madu Azman VCD
Intan TV3
2001 Laman Maut Pengacara VCD Pelakon undangan
Neurose Dwi Pakcik Omar
2002 Aku Kaya Tuan Ramli Pelakon undangan
Tesis
Tarantula TV3
Pondok Buruk Johan Astro Ria
2003 Aisah Lima Puluh Sen Perogol Pelakon undangan
Pondok Buruk 2 Johan
Neon DSP Kamal VCD Penampilan khas
Skuad Elit
Orang Kasar Datuk Dahlan di samping Uji Rashid sebagai Datin
Airmata Ibu
Leman Nak Pergi Jerman
Rohaya Roy
Aduhai Esah TV3
Diari Dewi VCD
Seputih Salju Sebening Kasih
2004 Skandal Glamour
Tanah Kubur Datuk Zarul Astro Ria
2009 Coklat Riben Biru TV2 Pelakon undangan
2010 Taubat Nasuha Hj Osman TV3
Cinta Akhbar Tok Majid TV9
2011 Pusing Beraya Pak Kassim TV3
2012 Anak Pak Hussien Hassan TV1 Penampilan khas
2013 Bulan Tiada Madu Prof. Jalal TV9
2015 Aku Benci Raya Astro Ria
Walau Siapa Pun Aku Datuk Suffian TV2
2016 Dendam Marisa Tuan Omar TV3
Makbul Sekertil Doa Anuar TV2
2017 Azam Yang Terlampau
Musafir Lalu Ahmad TV9
Kismet TV3 Penampilan khas
Dosa Terlindung Datuk Nadzri
Sandal & Serban Astro Oasis
Siapa Tak Sayang Laki TV2
2018 Tok Samad Tok Samad TV9
Genesis Datuk Bakhtiar TV3
2021 Kembar Keliru Datuk Shah Awesome TV
2022 Tanah Kubur: Fitnah Akhir Zaman Pak Shuib Astro Citra
Semua Tentang Kita TV3
Sejenis Raya Senariounion Astro Warna
2023 Quran Pondok Buruk Johan Astro Ria

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2000–2002 Who Wants to Be a Millionaire? Pengacara ntv7
2002 Pendidikan Moral: Rasuah Dihina, Maruah Dibina Pelakon TV Pendidikan
2014 Maharaja Lawak Mega 2014 Juri tetap Astro Warna
2016 Sepahtu Reunion Live Kameo Episod: "Lada Putih & Lada Hitam"
2017–2018 Saga Atuk Pengacara TV2 Bersama Adam Hilmy Azmyudin Raj & Heldi Ilyana
2017 Sepahtu Reunion Al-Puasa Kameo Astro Warna Episod: "Menantu Raya"
2018 Nona Tetamu undangan TV3
2019 Azan Pengacara Astro Oasis
2022 Sepahtu Reunion Al-Puasa Kameo Astro Warna Episod: "Destinasi Bahagia"
2022–2023 The Masked Singer Malaysia (musim 3) Peserta Sebagai Manggis
2023 Travel Lawak: Projek Bapak-bapak Dirinya sendiri Bersama Ramli M. S., Roy Azman & Jatt
Mega Spontan Peserta
Travel Lawak: Projek Bapak-bapak (musim 2) Dirinya sendiri Bersama Ramli M. S., Roy Azman & Jatt
2024 Travel Lawak: Projek Bapak-bapak Dirinya sendiri Bersama Ramli M. S., Roy Azman & Jatt

Siniar[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2022 Studio Sembang Artis Jemputan Bersama Amelia Henderson

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2010 Kita
2013 Asmara Songsang
2022 Teater Tanjong

Videografi[sunting | sunting sumber]

Iklan[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2005 Jasmin Super 5
2008 MayFirst Dato' AC Mizal (Menampilkan Datuk Jalaluddin Hassan)
2016 V'Asia TVC Platinium Drink 2016 Dirinya sendiri
2020 Watsons Beraya 2020 - Jauh Di Mata, Tetap Beraya

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Penyanyi Ruj.
2015 "Generasi Kami" (OST Super Gameboy) Datuk Jalaluddin Hassan, Dato' Afdlin Shauki, Faizal Tahir, Juzzthin & Wafiy Ceria Popstar
2016 "Siapa Diriku" Ayda Jebat

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

  •  Negeri Sembilan
    • Darjah Dato' Paduka Tuanku Ja'afar (D.P.T.J.) - Dato' (2007)

Anugerah kesenian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
1994-97 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1994-97 Pelakon TV Lelaki Popular Menang
1995 Festival Filem Malaysia ke-12 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Tercalon
2001 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000 Pengacara TV Lelaki Popular Menang
2003 Anugerah Seri Angkasa 2003 Pelakon Lelaki Terbaik Menang
Anugerah Skrin 2003 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Tercalon
2009 Anugerah Seni Negara Seni Teater-Pelakon Menang
2022 Anugerah Seri Angkasa 2022 Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ben Yuen Hui, Ng Si Hooi dan R. Aravinthan (4 Oktober 2016). "Jalaluddin still going strong 20 years on". The Star (Malaysia). Dicapai pada 22 Mei 2018.
  2. ^ Wawann Mohd (3 Oktober 2016). "Restu, nasihat keluarga jadi azimat Datuk Jalauddin". Sinar Harian. Dicapai pada 22 Mei 2018.
  3. ^ Norhayati Nordin (10 Mei 2019). "Orang lama tetap laris". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  4. ^ Pengajar rancangan Muqaddam, Hassan Azhari meninggal dunia Diarkibkan 2018-10-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia (6 Oktober 2018). Dicapai pada 7 Oktober 2018.
  5. ^ "Keluarga besar Jalaluddin Hassan". Utusan Malaysia. 23 Disember 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-20. Dicapai pada 9 October 2015.
  6. ^ "Kenangan-kenangan Musa dan Jalaluddin Hassan..." Agenda Daily. 9 Disember 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-21. Dicapai pada 9 October 2015.
  7. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (8 Disember 2014). ""Tiada Lagi Tempat Saya Mengadu" - Jalaluddin Hassan". mSTAR Online. Dicapai pada 9 October 2015.
  8. ^ "KP JASA, Datuk Fuad Hassan meninggal dunia". Malaysiakini. 8 Disember 2014. Dicapai pada 9 October 2015.
  9. ^ "KP Jasa, Datuk Fuad Hassan meninggal dunia". Sinar Harian. 8 Disember 2014. Dicapai pada 9 October 2015.
  10. ^ "Jasa D-G Fuad Hassan dies". The Star Online. 8 Disember 2014. Dicapai pada 9 October 2015.
  11. ^ "Jasa D-G Fuad Hassan dies". The Star. 8 December 2014. Dicapai pada 9 February 2017. Fuad’s siblings are former Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan (the eldest), and Malaysian screen legend Datuk Jalaluddin Hassan (his younger brother). The trio were sons of prominent religious teacher, Tan Sri Hassan Azhari. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  12. ^ Hasan Zainuddin (28 October 2014). "Keturunan Banjar Di Malaysia Jadi Melayu Baru" (dalam bahasa Indonesian). ANTARA News. Dicapai pada 9 October 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ "Idaman 156 episod di Astro". Utusan Malaysia. 23 Januari 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-05. Dicapai pada 17 Mac 2018.
  14. ^ Kennneth Chaw (2 Julai 2015). "Idaman, a TV producer's dream soap opera". Star2.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-05. Dicapai pada 17 Mac 2018.
  15. ^ "Jalaluddin Hassan akui 'nakal' tapi tak pernah madukan isteri". The Malay Mail. 27 November 2016. Dicapai pada 17 Mac 2018.
  16. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  17. ^ Wartawan Sinar Harian (22 September 2012). 2 pengarah muda arah drama bersiri Skop Productions Diarkibkan 2017-12-09 di Wayback Machine Sinar Harian. Dicapai pada 23 September 2012.
  18. ^ Othman, Kemalia. "'Asmara Songsang' Akan Dipentaskan Di IPT Diarkibkan 2018-06-29 di Wayback Machine." MStar Online. Saturday 2 March 2013.
  19. ^ "Asmara Songsang". Utusan Malaysia. 6 Mac 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-19. Dicapai pada 19 April 2018.
  20. ^ Budiey (3 Mac 2016). "Filem LU MAFIA GUA GANGSTER Bukan Komedi Biasa". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 17 April 2016.
  21. ^ Syanty Octavia Amry (7 Disember 2016). "Minda celaru mencari jawapan". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-07. Dicapai pada 7 Januari 2017.
  22. ^ "Mind-boggling Desolasi takes local CGI films staggering new heights". New Straits Times. 9 Disember 2016. Dicapai pada 7 Disember 2016.
  23. ^ Budiey (29 November 2016). "Yang Anda Patut Tahu Tentang Filem DESOLASI". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 7 Disember 2016.
  24. ^ Fatin Farhana Ariffin (28 April 2018). Pulang mampu angkat martabat filem tempatan Berita Harian. Dicapai pada 30 Mei 2018.
  25. ^ "Actor Jalaluddin Hassan's wife dies". The Malay Mail. 5 November 2016. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  26. ^ Mohd Aizat Shamsuddin (5 November 2016). "Isteri Jalaluddin Hassan meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  27. ^ Actor Jalaluddin Hassan’s wife dies after heart surgery complications Astro Awani (5 November 2016). Diperoleh pada 1 Januari 2017.
  28. ^ "Setahun membujang, Jalaluddin bakal nikah kenalan di Facebook". Astro Awani. 10 Oktober 2017. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  29. ^ a b Norhidayyu Zainal (12 November 2017). "Jalaluddin Hassan kembali bergelar suami kali ketiga". Sinar Harian. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  30. ^ Norhidayyu Zainal (14 November 2017). "Syukur ditemukan jodoh: Jalaluddin". Sinar Harian. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  31. ^ Aref Omar (10 November 2017). "(Showbiz) Wife-to-be to get massage of a lifetime from actor Jalaluddin Hassan". New Straits Times. Dicapai pada 31 Mei 2018.
  32. ^ Mohd Haikal Isa (14 November 2017). "Cinta kedua Jalaluddin Hassan". Kosmo!. Dicapai pada 6 Ogos 2018.
  33. ^ "Pelakon Jalaluddin Hassan kecewa mengenai khabar angin beliau meninggal dunia". Berita Harian Singapura. 5 Oktober 2015. Dicapai pada 20 April 2018.
  34. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (2 Oktober 2017). "(Showbiz) Actor Jalaluddin Hassan rushed to hospital following shortness of breath". New Straits Times. Dicapai pada 31 Mei 2018.
  35. ^ "Memalukan keluarga!". Sinar Harian. 4 Disember 2011. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  36. ^ "Jalaluddin Hassan Minta Suami Syella Tampil Bersihkan Nama Abang". Rotikaya. 6 Disember 2011. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  37. ^ Kemalia Othman (6 Oktober 2018). "Bapa Jalaluddin Hassan meninggal dunia". mSTAR Online. Dicapai pada 7 Oktober 2018.
  38. ^ Khairul Azran Hussin (7 Oktober 2018). "Bapa pernah tentang minat saya: Jalaluddin". Berita Harian. Dicapai pada 7 Oktober 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]