Jalaluddin Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Datuk
Jalaluddin Hassan
Jalaluddin Hassan (cropped).jpg
Datuk Jalaluddin pada 2012.
Kelahiran (1954-02-18) 18 Februari 1954 (umur 64)
Setapak, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu, (kini Malaysia)
Pekerjaan Pelakon, pengacara, jurucakap produk
Tahun aktif 1990–kini
Pasangan Datin Hashimah Binti Haji Aksan (1977–2016; kematiannya)
Datin Rapidah Abdul Ghani (berkahwin 2017)
Anak 8
Ibu bapa Tan Sri Haji Hassan Azhari (bapa)
Sahara Abdul Samad (ibu)
Saudara Tan Sri Musa Hassan (abang)
Dato' Fuad Hassan (abang)
Hassan Sani (sepupu)

Datuk Jalaluddin Hassan (lahir 18 Februari 1954) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal sebagai hos Who Wants to Be a Millionaire?, malah teg nama iaitu "Anda pasti" dan "Jawapan Muktamad" semasa menjadi hos rancangan ini menjadi siulan masyarakat Malaysia pada ketika itu. Beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Tuanku Jaafar (DPTJ) yang membawa gelaran "Datuk" oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar sempena hari keputeraan baginda.[1]

Beliau telah menerima pelbagai anugerah sepanjang menjadi seorang pengacara dan pelakon selama hampir 3 dekad melibatkan diri dalam indusri hiburan. Antaranya ialah Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Seri Angkasa menerusi drama Jejak Perantau, Pelakon Drama Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian selama 3 tahun, Pengacara Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2003 melalui drama Tarantula dan pada tahun 2009 menerima Anugerah Seni Negara - (Seni Teater-Pelakon).[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 18 Februari 1954 di Setapak, Selangor dan merupakan anak ketiga Haji Hassan Azhari, seorang sarjana agama yang mempunyai program khusus mengajar Al-Qur'an di Radio Televisyen Malaysia dari tahun 1960 hingga 2000.[3] Beliau merupakan adik Musa Hassan,[4] bekas Ketua Polis Negara di Polis Diraja Malaysia, dan Dato' Fuad Hassan (1952-2014),[5][6][7][8] bekas ADUN Ulu Klang dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Kementerian Penerangan.[9] Beliau berketurunan Melayu Banjar.[10]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya lakonan Datuk Jalaluddin bermula pada 1990 menerusi telefilem Bukan Impian yang turut dibintangi oleh Rozie Rashid dan Mubarak Majid, ketika itu beliau berusia 36 tahun. Empat tahun kemudian, beliau memegang watak sebagai Husin dalam filem arahan Ahmad Fauzee Panggilan Pulau, pembikinan semula daripada filem 1954 dengan tajuk sama arahan S. Ramanathan lakonan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Setahun kemudian, Jalaluddin menjayakan peranan Hang Tuah dalam filem cereka sains XX Ray II arahan Aziz M. Osman yang ditayangkan pada 25 November 1995.

Jalaluddin merupakan antara salah seorang barisan pelakon drama lipur lara Idaman, bersama Deanna Yusoff, Norazah Aziz, Hamidah Wahab, Sean Ghazi, Dian P. Ramlee dan Kartina Aziz. Drama ini diiktiraf sebagai drama Melayu paling terpanjang di dunia, disiarkan di Astro Ria dari 1998 hingga 2001.[11][12]

Antara 2000 dan 2002, Jalaluddin mengacarakan rancangan kuiz Who Wants to Be a Millionaire? versi Malaysia, yang bersiaran di ntv7.[13] Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[14]

Satu-satunya filem lakonan Jalaluddin pada 2006 ialah filem cereka sains komedi, Cicak-Man arahan Yusry KRU lakonan Saiful Apek yang ditayangkan pada 7 Disember 2006. Jalauddin memegang watak sebagai Ramlan, Presiden Metrofulus. Beliau kembali menjayakan peranannya dalam kesinambungannya, Cicakman 2 - Planet Hitam (2008).

Antara 2008 dan 2013, Jalaluddin memegang watak Supritenden Razif dalam siri drama polis trafik, Roda-Roda Kuala Lumpur terbitan Skop Productions yang disiarkan di TV2. Lima tahun kemudian, beliau memegang watak Dato’ Hashim, tokoh korporat berjaya yang juga bapa kepada Zack lakonan Syamsul Yusof dan Daniel lakonan Syafiq Yusof dalam siri drama aksi, Evolusi KL Drift: The Series yang diadaptasi dari filem Evolusi KL Drift (2008) arahan Syamsul.[15] Beliau menyertai barisan pelakon termasuk Razak Ahmad, Kamal Adli, Julia Ziegler, Radhi Khalid dan Najwa P. Ramlee beraksi di pementasan teater Asmara Songsang arahan Rahman Adam yang dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya pada 1 dan 2 Mac 2013.[16][17]

Pada 2016, beliau menjayakan peranan King dalam filem aksi komedi, Lu Mafia Gua Gangster arahan Krishna Roy lakonan kumpulan Zero.[18] Juga pada tahun sama, beliau memegang watak Hassan, bapa kepada Aiman lakonan Syamsul Yusof dalam filem cereka sains, Desolasi arahan Syafiq Yusof, ditayangkan pada 8 Disember 2016.[19][20][21]

Kembali bekerja dengan Kabir Bhatia selepas kali terakhir muncul dalam filem Setem (2009), Jalaluddin membintangi filem biografi sejarah Pulang, yang dibintangi oleh Remy Ishak dan Puteri Aishah; beliau memegang watak Omar pada usia 50an. Filem ini diilhamkan dari satu kisah benar peristiwa yang pernah berlaku pada 1940an, ia ditayangkan 26 Julai 2018.[22]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Datuk Jalaluddin berkahwin sebanyak 3 kali. Beliau berkahwin dengan Datin Hashimah Haji Aksan pada 1977 dan dikurniakan 8 anak dan 14 cucu, Datin Hashimah meninggal dunia pada 5 November 2016 akibat komplikasi pembedahan jantung di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).[23][24][25] Datuk Jalaluddin pernah berkahwin kali kedua bersama Ridani Ghani pada 2 Februari 1997, namun perkahwinan tersebut tidak mampu bertahan lama.

Pada 12 November 2017, selepas sekian lama berkenalan menerusi Facebook,[26] beliau mendirikan rumahtangga buat kali ketiga bersama wanita pilihannya Rapidah Abd Ghani dengan sekali lafaz.[27] Rapidah mempunyai empat anak dari perkahwinan terdahulu.[27][28][29][30]

Pada Oktober 2015, Jalaluddin menafikan mengenai berita bahawa beliau telah meninggal dunia seperti yang tersebar di laman media sosial. Dalam temuramah bersama Berita Harian Singapura, Jalaluddin berkata pada mulanya beliau tidak ambil pusing mengenai khabar angin itu.[31] Pada Oktober 2017, beliau dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas mengadu sesak nafas, Jalaluddin ketika itu baru sahaja menjayakan rancangan Assalamualaikum di TV AlHijrah.[32]

Pada 2011, Datuk Jalaluddin tampil membuat penjelasan berhubung penyebaran berita perkahwinan penyanyi, Syella Kamaruddin yang dikaitkan dengan abangnya, Tan Sri Musa Hassan. Berita yang tersebar di laman maya itu, membuatkan beliau dan keluarga terkejut besar dan menyifatkannya sebagai satu tindakan yang memalukan.[33][34]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
1994 Panggilan Pulau Husin Ahmad Fauzee Filem pertama
1995 XX Ray II Hang Tuah Aziz M. Osman
Jimi Asmara Engku Sulaiman Erma Fatima
Awas Prof. Rahman Abdul Aziz Razak
Sayang Salmah Jabar Dr. Mahadi J. Murat
Ringgit Kasorrga Pak Teh Datin Paduka Shuhaimi Baba
Suratan Kasih Bapa Natasha Datuk Zulkiflie M. Osman
1996 Cinta Metropolitan Farouk
1997 Merah Father Kasih Datuk M. Nasir
Baginda Cikgu Bakar Aziz M. Osman
Gemilang Razlan Datuk Yusof Haslam
1998 Iman Alone Dato' Kamal Ikram Datuk Haji. Rahim Razali
Silat Lagenda Pensyarah Hassan Abd. Muthalib Pelakon suara
1999 Nafas Cinta Datuk Rahim Jailani Abdul Ghani
2000 Mimpi Moon Dr. Mansoor Datin Paduka Shuhaimi Baba
Senario Lagi Pelakon drama Aziz M. Osman
Anaknya Sazali Dr. Karim Jack Ad'Din
2001 Spinning Gasing Teck Tan
Putih Bendahara Sri Wak Raja Rashid Sibir Pelakon suara
2002 Mendam Berahi Datuk Azmi Z. Lokman
Gerak Khas The Movie II Raziman Datuk Yusof Haslam
2003 Iskandar Tan Sri Hisham Al-Bakri V. Nagaraj
Diari Romeo Johan Datuk Zulkiflie M. Osman
Mr. Cinderella 2 Din C.J
2004 Father S. Baldev Singh,
Datuk Aziz Sattar
Bicara Hati Bapa Noraini Datin Hajah Rosnani Jamil
2005 Maaria S. Baldev Singh,
Datuk Aziz Sattar,
Arjinder Singh
Pontianak Menjerit Peguam Salleh Yusof Kelana Kemunculan khas
2006 Cicak-Man Presiden Ramlan (Presiden Metrofulus) Yusry Abdul Halim Kemunculan khas
2007 Jangan Pandang Belakang Ahmad Idham Kemunculan khas
1957 Hati Malaya Sultan Kedah Datin Paduka Shuhaimi Baba Kemunculan khas
2008 I'm Not Single Borhan Pierre Andre
Cinta U-Turn Datuk Jamal Dato' Prof. Dr. A. Razak Mohaideen
Akhirat Pakcik S. Baldev Singh
Antoofighter: Amukan Drakulat! Dirinya sendiri Azizi Chuck Adnan Kemunculan khas
Susuk Razman Amir Muhammad,
Naeim Ghalili
Kemunculan khas
Cicakman 2 – Planet Hitam Presiden Ramlan (Presiden Metrofulus) Yusry Abdul Halim Kemunculan khas
2009 Sifu & Tongga Dirinya sendiri Dato' Prof. Dr. A. Razak Mohaideen
Rasukan Ablasa
Setem Adnan Hassan Kabir Bhatia Kemunculan khas
2010 Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami! Bapa Nikki Din C.J
Magika Murad Edry Abdul Halim
Aku Tak Bodoh Cikgu Anwar Boris Boo
2011 Raya Tak Jadi! Haji Ehsan Dato' Prof. Dr. A. Razak Mohaideen
Apa Tengok Tengok? Bapa Ahmad Daniel Krishna Roy
2012 Hantu Gangster Bang Nasir Namewee
Shh... Dia Datang Mar Saiful Apek
2013 Lemak Kampung Santan Datuk Hans Isaac Kemunculan khas
Balada Pencinta Bapa Aishah Khir Rahman
Cinderella Datuk Mokhtar Ahmad Idham
2014 Aku Akan Muncul Krishna Roy
Bahaya Cinta Bapa Iskandar Yusof Kelana
CEO Tan Sri Razaisham Rashid
2015 Darah Panas Bapa Syahana Arjin Uppal
Biasan Sandosh Kesavan
2016 Langit Cinta Datuk Affendi Osman Ali
Lu Mafia Gua Gangster King Krishna Roy
Kabali Veerasekaran Pa. Ranjith Pelakon suara
Temuan Takdir ASP Hamdan Dhyan Vimal
Desolasi Bapa Aiman Syafiq Yusof
2017 Sindiket Tuan Hassan Bade Hj. Azmi
Aku Bukan Pengganas Arjin Uppal Filem Bollywood-Malaysia
2018 Pulang Omar (50an) Kabir Bhatia
Rise: Ini Kalilah Saw Teong Hin,
Nik Amir Mustapha,
MS Prem Nath
Kemunculan khas
V Jeritan Djinn Filem dan drama yang belum dikeluarkan Krishna Roy Pos-produksi
2019 Mat Kilau Filem dan drama yang belum dikeluarkan Syamsul Yusof Pos-produksi
TBA 3 A.M. Filem dan drama yang belum dikeluarkan Azlan Shahril Pos-produksi
Waris Filem dan drama yang belum dikeluarkan Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1991 Layar Mutiara
1998 Idaman Datuk Mansor Astro Ria
1999 Romeo & Juliet TV3
2000 Spanar Jaya Dirinya sendiri ntv7 Pelakon undangan
2001-2008 Astana Idaman Dato’ Mansor Astro Ria
2003 Jejak Perantau
2007 Dinasti Bilut Datuk Razwan TV1
2008-13 Roda-Roda Kuala Lumpur Supt. Razif TV2
2011-12 Makbul Anuar TV2
2012 Gemilang Talib TV3
Mahabbah Tan Sri Sabri TV3
Cinta Elysa Jazman TV3
Tanah Kubur (Musim 3) Kefli Astro Oasis Episod "Segulung Kain Kapan"
Evolusi KL Drift: The Series Dato' Hashim TV2
2013 Diandra Dato' Fikri TV3
Duri Di Hati Dato' Hamid TV3
Janji Adam Tuan Zaidi TV3
2013-14 Super Game Boy Astro Ceria
Bukan Kerana Aku Tak Cinta Tan Sri Idris Astro Mustika HD
2014 Masihkah Ada Cinta Dato' Imran TV3
Kusinero Cinta Astro Mustika HD
Tanah Kubur (Musim 14) Mhd.Sr Shadan Astro Oasis Episod: "Hamba Allah Atau Hamba Duit"
2015 Tabir Zulaikha Datuk Aziz TV3
Ajaibnya Cinta Datuk Shamsul TV3
2015-16 Tuan Anas Mikael Astro Ria
2017 Isteri-Isteri Ayah Abang Kamal TV3
2017-18 Syurga Yang Kedua Daud Astro Maya HD
Kekasih Paksa Rela Dato' Azman TV3
2018 Nur Datuk Ayah Haji Mukhsin TV3
Cinta Koko Coklat Tan Sri Farish ntv7

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2000 - 02 Who Wants to be a Millionaire? Dirinya sendiri/pengacara ntv7
2002 Pendidikan Moral: Rasuah Dihina, Maruah Dibina Pelakon TV Pendidikan
2014 - 15 Maharaja Lawak Mega 2014 Dirinya sendiri/juri tetap Astro Mustika HD
2017 - 18 Saga Atuk Dirinya sendiri - Adam Hilmy Azmyudin Raj & Heldi Ilyana (Hos) TV2
2018 Sepahtu Reunion Al-Puasa Dirinya sendiri/tetamu jemputan Astro Warna
Nona Dirinya sendiri/tetamu undangan TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1990 Bukan Impian
2000 Misteri Bulan Madu Azman
2001 Laman Maut Terus ke VCD; Kemunculan khas
2002 Aku Kaya Tuan Ramli Terus ke VCD; Kemunculan khas
Aisah 50 Sen Perogol Kemunculan khas
Tesis
2003 Neon DSP Kamal Terus ke VCD
Skuad Elit Terus ke VCD
Orang Kasar Datuk Dahlan
Airmata Ibu
Leman Nak Pergi Jerman Terus ke VCD
Aduhai Esah TV3
Diari Dewi
2004 Skandal Glamour
Rohana Roy
Tanah Kubur Datuk Zarul Astro Ria
2015 Aku Benci Raya TV3
2016 Makbul Sekertil Doa Anuar TV2
2017 Azam Yang Terlampau
Musafir Lalu
Sandal dan Serban Astro Maya HD
2018 Tok Samad Tok Samad TV9

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2013 Asmara Songsang

Videografi[sunting | sunting sumber]

Iklan[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2005 Jasmin Super 5
2008 MayFirst Dato' AC Mizal (Menampilkan Datuk Jalaluddin Hassan)
2016 V'Asia TVC Platinium Drink 2016 Dirinya sendiri

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Penyanyi Ruj.
2015 Generasi Kami (OST Super Boy Game) Datuk Jalaluddin Hassan, Dato' Afdlin Shauki, Faizal Tahir, Juzzthin & Wafiy Ceria Popstar
2016 Siapa Diriku Ayda Jebat

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
1995-98 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1994-97 Pelakon TV Lelaki Popular Menang
2001 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000 Pengacara TV Lelaki Popular Menang
2003 Anugerah Seri Angkasa Pelakon Lelaki Terbaik Menang
Anugerah Skrin 2003 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Menang
2009 Anugerah Seni Negara Seni Teater-Pelakon Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ben Yuen Hui, Ng Si Hooi dan R. Aravinthan (4 Oktober 2016). "Jalaluddin still going strong 20 years on". The Star (Malaysia). Dicapai 22 Mei 2018. 
  2. ^ Wawann Mohd (3 Oktober 2016). "Restu, nasihat keluarga jadi azimat Datuk Jalauddin". Sinar Harian. Dicapai 22 Mei 2018. 
  3. ^ "Keluarga besar Jalaluddin Hassan". Utusan Malaysia. 23 Disember 2001. Dicapai 9 October 2015. 
  4. ^ "Kenangan-kenangan Musa dan Jalaluddin Hassan..." Agenda Daily. 9 Disember 2014. Dicapai 9 October 2015. 
  5. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (8 Disember 2014). ""Tiada Lagi Tempat Saya Mengadu" - Jalaluddin Hassan". mSTAR Online. Dicapai 9 October 2015. 
  6. ^ "KP JASA, Datuk Fuad Hassan meninggal dunia". Malaysiakini. 8 Disember 2014. Dicapai 9 October 2015. 
  7. ^ "KP Jasa, Datuk Fuad Hassan meninggal dunia". Sinar Harian. 8 Disember 2014. Dicapai 9 October 2015. 
  8. ^ "Jasa D-G Fuad Hassan dies". The Star Online. 8 Disember 2014. Dicapai 9 October 2015. 
  9. ^ "Jasa D-G Fuad Hassan dies". The Star. 8 December 2014. Dicapai 9 February 2017. Fuad’s siblings are former Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan (the eldest), and Malaysian screen legend Datuk Jalaluddin Hassan (his younger brother). The trio were sons of prominent religious teacher, Tan Sri Hassan Azhari. 
  10. ^ Hasan Zainuddin (28 October 2014). "Keturunan Banjar Di Malaysia Jadi Melayu Baru" (dalam bahasa Indonesian). ANTARA News. Dicapai 9 October 2015. 
  11. ^ "Idaman 156 episod di Astro". Utusan Malaysia. 23 Januari 1998. Dicapai 17 Mac 2018. 
  12. ^ Kennneth Chaw (2 Julai 2015). "Idaman, a TV producer's dream soap opera". Star2.com. Dicapai 17 Mac 2018. 
  13. ^ "Jalaluddin Hassan akui 'nakal' tapi tak pernah madukan isteri". The Malay Mail. 27 November 2016. Dicapai 17 Mac 2018. 
  14. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Dicapai 31 Julai 2017. 
  15. ^ Wartawan Sinar Harian (22 September 2012). 2 pengarah muda arah drama bersiri Skop Productions Sinar Harian. Dicapai pada 23 September 2012.
  16. ^ Othman, Kemalia. "'Asmara Songsang' Akan Dipentaskan Di IPT." MStar Online. Saturday 2 March 2013.
  17. ^ "Asmara Songsang". Utusan Malaysia. 6 Mac 2013. Dicapai 19 April 2018. 
  18. ^ Budiey (3 Mac 2016). "Filem LU MAFIA GUA GANGSTER Bukan Komedi Biasa". Sensasi Selebriti. Dicapai 17 April 2016. 
  19. ^ Syanty Octavia Amry (7 Disember 2016). "Minda celaru mencari jawapan". Harian Metro. Dicapai 7 Januari 2017. 
  20. ^ "Mind-boggling Desolasi takes local CGI films staggering new heights". New Straits Times. 9 Disember 2016. Dicapai 7 Disember 2016. 
  21. ^ Budiey (29 November 2016). "Yang Anda Patut Tahu Tentang Filem DESOLASI". Sensasi Selebriti. Dicapai 7 Disember 2016. 
  22. ^ Fatin Farhana Ariffin (28 April 2018). Pulang mampu angkat martabat filem tempatan Berita Harian. Dicapai pada 30 Mei 2018.
  23. ^ "Actor Jalaluddin Hassan's wife dies". The Malay Mail. 5 November 2016. Dicapai 18 Mac 2018. 
  24. ^ Mohd Aizat Shamsuddin (5 November 2016). "Isteri Jalaluddin Hassan meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai 18 Mac 2018. 
  25. ^ Actor Jalaluddin Hassan’s wife dies after heart surgery complications Astro Awani (5 November 2016). Diperoleh pada 1 Januari 2017.
  26. ^ "Setahun membujang, Jalaluddin bakal nikah kenalan di Facebook". Astro Awani. 10 Oktober 2017. Dicapai 18 Mac 2018. 
  27. ^ a b Norhidayyu Zainal (12 November 2017). "Jalaluddin Hassan kembali bergelar suami kali ketiga". Sinar Harian. Dicapai 18 Mac 2018. 
  28. ^ Norhidayyu Zainal (14 November 2017). "Syukur ditemukan jodoh: Jalaluddin". Sinar Harian. Dicapai 18 Mac 2018. 
  29. ^ Aref Omar (10 November 2017). "(Showbiz) Wife-to-be to get massage of a lifetime from actor Jalaluddin Hassan". New Straits Times. Dicapai 31 Mei 2018. 
  30. ^ Mohd Haikal Isa (14 November 2017). "Cinta kedua Jalaluddin Hassan". Kosmo!. Dicapai 6 Ogos 2018. 
  31. ^ "Pelakon Jalaluddin Hassan kecewa mengenai khabar angin beliau meninggal dunia". Berita Harian Singapura. 5 Oktober 2015. Dicapai 20 April 2018. 
  32. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (2 Oktober 2017). "(Showbiz) Actor Jalaluddin Hassan rushed to hospital following shortness of breath". New Straits Times. Dicapai 31 Mei 2018. 
  33. ^ "Memalukan keluarga!". Sinar Harian. 4 Disember 2011. Dicapai 18 Mac 2018. 
  34. ^ "Jalaluddin Hassan Minta Suami Syella Tampil Bersihkan Nama Abang". Rotikaya. 6 Disember 2011. Dicapai 18 Mac 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]