Jalan Ampas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Ampas
Bahasa InggerisJalan Ampas
Bahasa MelayuJalan Ampas
(Jawi) جالن امڤاس
Bahasa Tamilஜலன் அம்பாஸ்

Jalan Ampas merupakan sebuah jalan berdekatan Balestier Road di Singapura. Studio filem milik Shaw Brothers iaitu Malay Film Productions pernah ditempatkan di sekitar jalan ini.

Etimologi dan sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama "Jalan Ampas" berhutang warisannya sebagai sebuah ladang tebu pada hari-hari awal. Dalam bahasa Melayu, Ampas tebu merujuk kepada pulpa berserabut yang kekal selepas tebu telah dihancurkan untuk mendapatkan jus.[1]

Malay Film Productions Ltd[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1947, di bawah panji-panji Malay Film Productions, Shaw Brothers menubuhkan sebuah studio filem di kawasan ini, yang mana ia menjadi 'zaman kegemilangan filem Melayu'. Semasa pada dekad 1950an dan 1960an, di zaman kegemilangannya, studio ini telah menghasilkan sebanyak 160 filem dalam tempoh dua dekad. Tokoh-tokoh terkenal seperi John Wayne, Ava Gardner[2] dan bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman [3] melawat ke studio ini. Sungguhpen begitu, jalan ini begitu sinonim dan berkait rapat dengan studio ini sehingga hari ini.

Studio ini jugalah yang melahirkan ramai bintang hebat di era studio ini seperti P. Ramlee, Aziz Sattar, S. Shamsuddin dan ramai lagi. Filem seperti Bujang Lapok dan Ibu Mertuaku menjadi popular dan klasik kultus.

Bagaimanapun pada 1967, oleh disebabkan kekurangan permintaan terhadap filem-filem Melayu, studio ini terpaksa ditutup dan menamatkan operasinya. Kesan peninggalan Malay Film Productions Ltd. masih wujud sehingga kini.

Hari ini[sunting | sunting sumber]

Pada masa kini, seperti semua jalan-jalan lain di Balestier Road, pangsapuri kondominium swasta telah muncul di kawasan Jalan Ampas. Walau bagaimanapun, pelancong dari sejauh Malaysia terus berduyun-duyun ke studio Malay Film Productions atas sumbangan dan legasi yang berharga.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]