Jalan Negeri Kedah K612

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jalan Batu 10 Jeniang)
Jalan Negeri Kedah K612
Jalan Batu 10 Jeniang
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda
Panjang0.82 km[1] (0.51 mi)
Simpang utama
Hujung barat FT 176 di Kampung Batu 10
Hujung timur K17 di Kampung Keduak
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K612 (Jalan Batu 10 Jeniang atau Jalan Kampung Berjaya) ialah jalan negeri biasa yang terletak di bahagian timur laut Daerah Kuala Muda, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda dengan panjang keseluruhan iaitu, 0.82 kilometer (0.5 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Batu 10 di barat dengan Kampung Keduak di timur.[3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

K612 bermula sebagai kilometer sifar di pertemuan antara FT 176 (Jalan Gurun–Kepala Batas) di Kampung Batu 10. K612 akan melalui kawasan perkampungan dan perhutanan kecil. Sungai Chabang yang bermuara di Sungai Muda bakal direntasi K612, lalu memasuki kawasan perkampungan tersusun iaitu Kampung Berjaya. K612 akan melengkung sedikit, lalu terdapat simpang kecil ke Jalan Kampung Berjaya. K612 akan tiba di penamat timurnya berdekatan dengan Kampung Keduak, timur Kampung Berjaya dengan membuat pertemuan dengan K17 (Jalan Kuala Ketil–Kampung Kalai atau Jalan Central Spine).[3][4] Secara keseluruhannya, bahagian jalan negeri K612 yang telah diwartakan teletak dalam zon petadbiran Mukim Gurun, dari penamat barat hingga penamat timurnya. K612 juga merupakan jalan raya tunggal dengan dua lorong dari permulaan hinga penghujung hayat laluan.[2]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Batu 100.00 FT175Sungai Petani, Gurun, Kampung Batu LapanPenghujung barat
Kampung Keduak0.82 K17Gajah Putih, Jeniang, Bukit SelambauPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]