Jalan Negeri Kedah K605

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jalan Batu Hampar)
Jalan Negeri Kedah K605
Jalan Gurun–Batu Hampar
Kedah State Highway K605 (Jalan Batu Hampar) 2.jpg
Jalan Batu Hampar pada Mei 2022.
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda
Panjang0.99 km[1] (0.62 mi)
Simpang utama
Hujung baratJalan mati di Ladang Ban Ee Seng
Persimpangan utama K606 di Ladang Ban Ee Seng
K662 K662 di Kampung Sungai Badak
Hujung timur FT1 di Bandar Gurun
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K605 (Jalan Gurun–Batu Hampar atau Jalan Batu Hampar) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian utara Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K605 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 0.99 kilometer (0.6 bt),[1] menghubungkan Ladang Ban Ee Seng di barat dengan Bandar Gurun di timur dengan melalui kawasan Kampung Sungai Badak.[3][4]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Papan tanda pelancongan ke Homestay Kampung Sungai Badak dari Laluan 1 melalui laluan negeri ini.

Dari penghujung timur di Bandar Gurun, Jalan Negeri Kedah K605 bermula di persimpangannya dengan Jalan Butterworth–Alor Setar FT1, jalan raya utama di tengah Semenanjung Malaysia, berdekatan dengan Stesen keretapi Gurun. Ia akan menuju ke barat melalui kawasan perkampungan dan akan melintasi sebatang sungai bernama Sungai Gurun, yang berasal dari Gunung Jerai. Di Kampung Sungai Badak, berhampiran dengan Homestay Kampung Sungai Badak, Jalan Batu Hampar K605 akan bersilang tiga dengan Jalan Gurun Jaya K662, kira-kira 0.60 kilometer (0.4 bt) dari penghujung timur. Bermula dari sini, jalan K605 akan melalui kawasan petempatan yang agak sunyi. Sebelum K605 berakhir, ia akan bersimpang dengan Jalan Pekan Atap K606 di timur Ladang Ban Ee Seng. Jajaran K601 akan berakhir di ladang tersebut, dengan jalan mati.[4][5] Secara keseluruhan, Jalan Batu Tiga–Bukit Kuang K601 dikelaskan sebagai jalan raya tunggal dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Gurun, salah satu mukim di Daerah Kuala Muda.[2][5]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Bandar Gurun0.00 FT1Butterworth, Tikam BatuPenghujung timur
Kampung Sungai Badak0.20Homestay Kampung Sungai Badak
0.60K662 K662 — Taman Jerai, Taman Gurun Jaya
Ladang Ban Ee Seng0.80 K606 — Kampung Pekan Atap, Alor Setar
0.99Jalan MatiPenghujung barat
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ Bahagian Kejuruteraan JKR (2001). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-03-08. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  4. ^ a b c "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  5. ^ a b World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187 950. ISBN 983-2192-36-6.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]