Jalan Negeri Kedah K603

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jalan Guar Nenas)
Jalan Negeri Kedah K603
Jalan Guar Nenas
View of north end Kedah State Highway K603 in Kampung Sungai Rotan, Pendang (220503) 1.jpg
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda
Panjang3.83 km[1] (2.38 mi)
Simpang utama
Hujung utaraK146 K146 di Kampung Sungai Rotan
Persimpangan utama K686 di Kampung Guar Nenas
K604 di Kampung Guar Nenas
K687 di Taman Jerai
Hujung selatan FT175 di Taman Jerai
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K603 (Jalan Guar Nenas atau Jalan Guar Nanas) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian utara Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K603 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 3.83 kilometer (2.4 bt),[1] menghubungkan Kampung Sungai Rotan di utara dengan Taman Jerai (Kampung Pulau Chengai) di selatan dengan melalui kawasan Kampung Guar Nenas dan Kampung Guar Jumaat.[3][4]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Persimpangan Jalan Guar Nenas K603 dari Jalan Gurun–Kepala Batas FT175.

Dari penghujung selatan di Taman Jerai, Jalan Negeri Kedah K603 bermula di persimpangannya dengan Jalan Gurun–Kepala Batas FT175 dan Jalan Jerai Maju 2 berhampiran dengan pusat beli-belah Jerai Plaza. Persimpangan empat ini dilengkapi dengan lampu isyarat. Ia akan menuju ke utara melalui kawasan estet dan beberapa kawasan perumahan di Taman Jerai. Hanya dalam beberapa meter sahaja, akan terdapat simpang kecil menuju ke Jalan Guar Nenas–Jejambat FT175 K687, laluan utama ke kawasan perkampungan Kampung Pulau Chengai dan Kampung Sungai Ibor. Selepas melepasi simpang tersebut, Jalan Guar Nenas K603 akan bersilang dengan Jalan Jerai Emas 1, jalan masuk ke kawasan perumahan Taman Jerai Emas, Taman Jerai Bayu serta Taman Meranti.[4][5]

Mulai disini, Jalan Guar Nenas K603 akan melawati kawasan estet. Landasan kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ke Petronas Fertiliser Kedah akan melintasi bawah jalan ini sebelum persimpangan Jalan Simpang Guar Nenas K604. Di Kampung Guar Nenas, terdapat dua simpang jalan negeri iaitu, Jalan Simpang Guar Nenas K604 dan Jalan Masuk ke Petronas Fertiliser Kedah K686. Jarak antara dua simpang ini sangat dekat. Persimpangan jalan K604 juga dilengkapi dengan lampu isyarat. Jalan Guar Nenas K603 akan menuju ke utara hingga ke penghujungnys di Kampung Sungai Rotan, bersimpang dengan Jalan Guar Chempedak K146. Sempadan Daerah Pendang dan Daerah Kuala Muda terletak di pengakhiran hayat laluan ini di utara.[4][5] Secara keseluruhan, Jalan Guar Nenas K603 dikelaskan sebagai jalan raya tunggal dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Gurun, salah satu mukim di Daerah Kuala Muda.[2][5]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Persimpangan K603 dari Jalan Jerai Maju 2.

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Sungai Rotan0.0K146 K146Guar Chempedak, Kampung Pokok Tai, Pulau Bunting, JenunPenghujung utara
Kampung Guar Nenas1.5 K686 – Ladang Cempedak, Pintu 3 Petronas Fertiliser Kedah
1.7 K604Kampung Guar Nenas, Taman Puteri Lagenda, Taman Alam Maju
Taman Jerai3.3Jalan Jerai Emas 1 – Taman Jerai Emas, Taman Jerai Bayu, Taman Meranti
3.7 K687Kampung Pulau Chengai, Kampung Sungai Ibor
3.8 FT175 / Jalan Jerai Maju 2 – Gurun, Jeniang, Butterworth, Taman Jerai MajuPenghujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ Bahagian Kejuruteraan JKR (2001). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-03-08. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  4. ^ a b c d "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  5. ^ a b c World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187 950. ISBN 983-2192-36-6.