Jalan Negeri Kedah K706

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jalan Kampung Haji Abas-Baling)
Jalan Negeri Kedah K706
Jalan Hospital, Jalan Kampung Haji Abas-Baling
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Daerah Baling
Panjang2.98 km[1] (1.85 mi)
Simpang utama
Hujung utara K10 di Kampung Bawah Gunong
Hujung selatanJalan Badlishah/Jalan Syed Sheikh di Bandar Baling
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K706 (K706) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian timur Daerah Baling, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Baling dan memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.98 kilometer (1.9 bt).[1] Jalan negeri ini menghubungkan Kampung Bawah Gunong di utara dengan Bandar Baling di selatan.[3]

Deskripsi laluan[sunting | sunting sumber]

Jajaran[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri Kedah K706, bermula di Kampung Bawah Gunong, dalam pentadbiran Mukim Bongor, salah satu mukim dalam penyeliaan Daerah Baling; di simpang tiga K10 (Jalan Weng). Ia akan melintasi sebatang sungai yang bernama Sungai Ketil, lalu membengkok tajam ke selatan di Kampung Haji Abas. Selepas melepasi selekoh tersebut, akan terdapat simpang tiga menuju ke kawasan kediaman kos rendah, Taman Bayu Indah dan Taman Bayu Indah 2. Kawasan perkampungan Kampung Sungai Batu merupakan tempat sempadan antara dua mukim iaitu Mukim Bongor dan Mukim Baling. Di kampung tersebut, terdapat dua simpang tiga yang menuju ke kawasan kediaman Taman Bayu Permai dan Taman Bayu Sejahtera.[4][5]

Dekat Taman Bayu Sejahtera, ia akan melintasi anak sungai Sungai Ketil yang ke-58. Simpang tiga Jalan Hakim Mat Saman tidak jauh dari Taman Bayu Sejahtera, jalan capaian ke Kampung Banggol Wan Mat, Kampung Seberang Pekan, Taman Sepakat, Taman Baiduri, dan Lengkok Harun Abdullah. Keadaan jalan akan membengkok sedikit ke tenggara, dan ke barat daya apabila menghampiri kawasan Hospital Baling. Di bandar Baling, K706 akan tamat di persimpangan empat hala dengan dua jalan perbandaran iaitu Jalan Badlishah dan Jalan Syed Sheikh, berdekatan dengan Dewan Kenangan Tun Abdul Razak, Stadium Mini Baling, Pejabat Pos Baling, dan Taman Awam Baling.[4][5] Jajaran Jalan Negeri Kedah K706 sebahagian besarnya terletak di Mukim Baling, dan selebihnya terletak di Mukim Bongor.[2][5] Hampir kesemua bahagian jalan K706, jenis jalan raya yang diguna pakai ialah jalan raya tunggal dengan dua lorong.[4]

Nama[sunting | sunting sumber]

Ia dikenali sebagai Jalan Hospital, Jalan Hospital Baling atau Jalan Kampung Haji Abas dalam kalangan penduduk setempat, namun nama yang telah diwartakan dalam Sistem Maklumat Rekod–Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi Jalan Negeri Kedah K706 ialah Jalan Kampung Habi Abas–Hospital Baling.[1]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Baling, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Bawah Gunong0.00 (Jalan Weng) – Kampung Gulau, Kampung Weng, Sik, Durian BurungPenghujung utara K706
Kampung Haji Abas0.90Jalan Bayu Indah – Taman Bayu Indah, Taman Bayu Indah 2
Kampung Sungai Batu1.10Jalan Bayu Permai – Taman Bayu Permai
1.30Jalan Bayu Sejahtera – Taman Bayu Sejahtera
1.60Jalan Hakim Mat Saman – Kampung Banggol Wan Mat, Kampung Seberang Pekan, Taman Sepakat, Taman Baiduri
Bandar Baling2.40Jalan Akses Hospital Baling – Hospital Baling
2.85Perpustakaan Awam Baling, Stadium Mini Baling, Dewan Kenangan Tun Abdul Razak
2.98Jalan Badlishah – Gerik, Kuala Ketil, Pengkalan Hulu
Jalan Syed Sheikh – Pusat Bandar, Pejabat Pos Baling, LHDN Baling, Terminal Bas Baling
Penghujung selatan K706
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Baling" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Januari 2020. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Baling, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 14 Februari 2019. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2022.
  5. ^ a b c World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187,950. ISBN 983-2192-36-6.