Jalan Negeri Kedah K604

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K604
Jalan Simpang Guar Nenas
Kedah State Highway K604 (Jalan Simpang Guar Nenas) 2.jpg
K604 ke arah timur.
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda
Panjang1.24 km[1] (0.77 mi)
Simpang utama
Hujung barat FT1 di Kampung Guar Nenas
Hujung timur K603 di Kampung Guar Nenas
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K604 (Jalan Simpang Guar Nenas atau Jalan Kampung Jerai–Simpang Guar Nenas) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian utara Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K604 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.24 kilometer (0.8 bt),[1] menghubungkan Kampung Guar Nenas di utara dengan Jalan Guar Nenas K603 di selatan dengan melalui perkampungan tersebut dan Taman Alam Maju.[3][4]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Dari penghujung barat di Kampung Guar Nenas, Jalan Negeri Kedah K604 bermula di persimpangannya dengan Jalan Butterworth–Alor Setar FT1 berhampiran dengan Taman Puteri Lagenda.Persimpangan ini mempunyai lampu isyarat. Ia akan menuju ke timur melalui kawasan perkampungan dan perladangan. Ia akan menyeberangi landasan kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berhampiran dengan Taman Alam Maju dengan kecerunan 10 peratus. Di sepanjang Jalan Simpang Guar Nenas K604 tiada persilangan dengan jalan utama. Jajaran K604 akan berakhir di kawasan kampung yang sama, bersimpang tiga dengan Jalan Guar Nenas K603; ia juga mempunyai lampu isyarat.[4][5] Secara keseluruhan, Jalan Simpang Guar Nenas K604 dikelaskan sebagai jalan raya tunggal dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Gurun, salah satu mukim di Daerah Kuala Muda.[2][5]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Guar Nenas0.0 FT1Gurun, Guar Chempedak, Pulau BuntingPenghujung barat
1.2 K603Kuala Lumpur, Kampung Pulau Chengai, Jenun, Taman JeraiPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ Bahagian Kejuruteraan JKR (2001). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-03-08. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  4. ^ a b c "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  5. ^ a b World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187 950. ISBN 983-2192-36-6.