Jalan Lingkaran Dalam Segamat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jalan Lingkaran Dalam Segamat
Panjang (kilometer) 6
Arah Separuh pusingan
Mula Taman Pemuda, Segamat
Destinasi utama Pusat bandar Segamat
Kampung Gubah
Tamat Kampung Abdullah
Pembinaan bermula 2001
Pembinaan tamat 2005
Jalan raya yang terlibat Jkr-ft1.svg Laluan Persekutuan Malaysia 1
J154 Jalan Kampung Tengah
J152 Jalan Medoi

Jalan Lingkaran Dalam Segamat merupakan satu sistem jalan lingkaran 4 lorong tunggal di Segamat, Johor, Malaysia. Jalan lingkaran ini terdiri daripada Jalan Pemuda, Jalan Hassan (Laluan Negeri Johor J154), Jambatan Kedua Segamat, Jalan Hassan Abdullah, Jalan Pee Kang Hai dan Jalan Chia Chin Koon.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum abad ke-20, medium pengangkutan utama di Segamat adalah melalui jalan sungai. Walau bagaimanapun, bentuk pengangkutan di Segamat mula berubah apabila kerajaan penjajah British mula membina sistem kereta api kebangsaan serta jaringan jalan raya (Laluan Persekutuan Jkr-ft1.svg dan Laluan Persekutuan Jkr-ft23.png) melalui Segamat. Hasilnya, beberapa jalan raya perbandaran mula dibina bagi menghubungkan kampung-kampung berhampiran Segamat.

Sejak itu, Jalan Pemuda dan Jalan Hassan digunakan sebagai laluan pintasan apabila jalan utama (Laluan Persekutuan Jkr-ft1.svg) ditutup bagi upacara atau perayaan khas. Kadar aliran trafik di sepanjang Laluan Persekutuan 1 terus bertambah setiap tahun hasil pertambahan penduduk, maka bahagian jalan raya utama di Segamat sepanjang 8 kilometer telah dinaik taraf menjadi jalan raya tunggal 4 lorong (jalan raya kembar di pusat bandar) pada tahun 1985.

Hasil pertambahan aliran trafik, kesesakan jalan raya adalah lazim terutamanya di jambatan utama di Segamat. Oleh itu, kerajaan persekutuan membuat keputusan untuk membina jambatan kedua Segamat bagi mengurangkan kesesakan di jambatan utama. Pembinaan jambatan berkenaan bermula pada penghujung tahun 1998 dan siap pada tahun 2001. Sebaik sahaja jambatan tersebut siap, sebatang jalan raya kembar baru, Jalan Hassan Abdullah, dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Segamat, menghubungkan jambatan kedua tersebut dengan Jalan Pee Kang Hai.

Pada tahun 1996, Segamat dipilih sebagai tuan rumah perayaan Hari Kebangsaan peringkat negeri Johor. Pada masa tersebut, laluan lencongan, terutamanya di Jalan Hassan dan Jalan Pemuda yang hanya selebar dua lorong, sesak teruk serta tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang terlalu banyak semasa perayaan tersebut. Oleh itu, JKR Segamat bercadang untuk membangunkan satu sistem jalan lingkaran dengan menaik taraf jalan perbandaran 2 lorong sedia ada seperti Jalan Pemuda, Jalan Hassan, Jalan Pee Kang Hai dan Jalan Chia Chin Koon kepada jalan raya tunggal 4 lorong. Pembinaan Jambatan Kedua Segamat juga termasuk dalam pakej jalan lingkaran tersebut. Pembinaan bermula sebaik sahaja Jambatan Kedua Segamat selesai dibina dan siap dibina pada Ogos 2005, beberapa minggu sebelum sambutan Hari Kebangsaan tahun 2005.

Sebaik sahaja Jalan Lingkaran Dalam Segamat siap dibina, jalan lingkaran tersebut digunakan untuk melencongkan aliran lalu lintas apabila Segamat sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah Hari Kebangsaan 2005 peringkat negeri Johor. Tidak seperti sambutan tahun 1996, aliran trafik kali ini sangat lancar semasa sambutan Hari Kebangsaan 2005.

Senarai persimpangan[sunting | sunting sumber]

Km Susur
keluar
Persimpangan Ke Catatan
PERSIMPANGAN PEMUDA Jkr-ft1.svg JALAN BULOH KASAP
UTARA

Jkr-ft1.svg Seremban
Jkr-ft1.svg Gemas
Jkr-ft1.svg Buloh Kasap
Jkr-ft12.png Kuantan

SELATAN
Jkr-ft1.svg Pusat bandar Segamat
Jkr-ft23.png Muar
Simpang tiga
JALAN PEMUDA
Kampung Jalan Pemuda Kampung Jalan Pemuda
JALAN PEMUDA
PERSIMPANGAN KAMPUNG TENGAH UTARA
J154 JALAN KAMPUNG TENGAH
J154 Kampung Tengah
J154 Kampung Tungku Tiga
Simpang tiga
J154 JALAN HASSAN
Kampung Gubah Kampung Gubah
Jalan Arshad JALAN ARSHAD
Jalan Hussin
Jalan Awang
Sekolah Tinggi Segamat
Simpang tiga
Jalan Sekolah JALAN SEKOLAH
Jalan Awang
Sekolah Tinggi Segamat
T-junction
TNB Segamat Ibu pejabat TNB cawangan daerah Segamat
J154 JALAN HASSAN
PERSIMPANGAN LAKSAMANA UTARA
Pusat bandar Segamat (Bandar Atas)

BARAT
J154 JALAN SULTAN
Jkr-ft23.png Muar
Jkr-ft23.png Jementah
Jkr-ft23.png Tangkak
CH-Hinweissignal-Autobahn.svg Mes-e2.pngAH 2LEBUHRAYA UTARA-SELATAN JAJARAN SELATAN
Kuala Lumpur
Simpang empat
JALAN HASSAN ABDULLAH
Jambatan Sungai Segamat
Jambatan Kedua Segamat
Jalan raya kembar bermula/tamat
Taman Utama Taman Utama
Ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan daerah Segamat
JALAN HASSAN ABDULLAH
PERSIMPANGAN PEE KANG HAI Pusat bandar Segamat (Bandar Seberang)
Restoran KFC, McDonald's & Pizza Hut
Jkr-ft1.svg Jalan Genuang
Simpang empat
Jalan raya kembar bermula/tamat
JALAN PEE KANG HAI
PERSIMPANGAN CENDERAWASIH TIMUR
Taman Segar

BARAT
JALAN SYED ABUDUL KADIR
Pasaraya Upwell
Kampung Abdullah
Jkr-ft1.svg Jalan Genuang
Simpang empat
Jalan Medoi UTARA
J152 JALAN MEDOI
J152 Kampung Jawa
J152Litar Motocross Shariff
J152 FELDA Medoi
Simpang tiga
JALAN PEE KANG HAI
Taman Kemawan Taman Kemawan
Jalan Meryani
Simpang tiga
JALAN CHIA CHIN KOON
Giant Hypermarket Segamat Giant Hypermarket Segamat (pintu masuk belakang) Arah Kampung Abdullah
JALAN CHIA CHIN KOON
PERSIMPANGAN KENAWAR Jkr-ft1.svg JALAN GENUANG
UTARA

Jkr-ft1.svg Pusat bandar Segamat
J14 Bukit Kepong
Jkr-ft23.png Muar

SELATAN
Jkr-ft1.svg Labis
Jkr-ft1.svgYong Peng
CH-Hinweissignal-Autobahn.svg Mes-e2.pngAH 2LEBUHRAYA UTARA-SELATAN JAJARAN SELATAN
Johor Bahru
Singapura
Simpang tiga