Jalan Negeri Kedah K626

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K626
Jalan Matang Berangan-Taman Rhu
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya Kuala Muda
Panjang4.42 km[1] (2.75 mi)
Simpang utama
Hujung baratTaman Rhu
Persimpangan utamaK162 Jalan Batu 41-Sidam Kiri
Jalan Butterworth-Alor Setar
Hujung timurTaman Seraya
Lokasi
Destinasi
utama
Kampung Matang Berangan
Kampung Pinang Tunggal
Kampung Pokok Assam
Kampung Jawa
Taman Seri Pinang
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Matang Berangan-Taman Rhu (Laluan Negeri Kedah K626) ialah jalan raya negeri di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Matang Berangan-Taman Rhu disenggerakan oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[4] Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 4.423 kilometer (2.7 bt).[1] Di kebanyakan bahagian di Jalan Matang Berangan-Taman Rhu adalah jalan raya tunggal.[5]

Permulaan jajaran Jalan Matang Berangan-Taman Rhu (K626) berada di Taman Seraya, bersimpang dengan Jalan Batu 41-Sidam Kiri, Laluan Negeri K162 dan akan menuju ke selatan melalui kawasan perkampungan Kampung Matang Berangan. Pengguna jalan raya akan memasuki Kampung Matang Berangan apabila sudah di kilometer 0.5.[5][6] Di kilometer 1 hingga kilometer 3, pengguna jalan raya dapat menyaksikan tanaman padi yang ditanam di kiri dan kanan laluan ini. Selepas itu, pengguna jalan raya akan memasuki kawasan perladangan Ladang Tikam Batu dan akan ada persimpangan kecil di kilometer 3.2 menuju ke Kampung Jawa. Jajaran diteruskan hingga ke Taman Rhu 3, Taman Rhu 2, Taman Sri Pinang dan akan berakhir di Jalan Butterworth-Alor Setar, Laluan Persekutuan 1 di Taman Rhu 1.[5][6]

Senarai simpang[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Kedah, Malaysia.

Daerah km[5] Lokasi/nama simpang Destinasi Catatan
Daerah Kuala Muda 0 Taman Seraya K162 Kilang Makau, Butterworth, Kulim Persimpangan
0.4 Kampung Matang Berangan
0.6 Kampung Matang Berangan SK Pinang Tunggal Kawasan sekolah
0.7 Kampung Pinang Tunggal Persimpangan kecil
Jambatan Sungai Tanpa Nama
Daerah Kuala Muda 3 Kampung Pokok Assam Persimpangan
3.2 Kampung Jawa Persimpangan /
3.7 Taman Rhu 3 Persimpangan /
4.2 Taman Rhu 2/1 Taman Rhu 2, Taman Rhu 1, Taman Seri Pinang Persimpangan
4.4 Jalan Butterworth-Alor Setar Tikam Batu, Sungai Petani Persimpangan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-30. Dicapai pada 2021-12-30.
  3. ^ @JKRKMS (23 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik : Part 4 - Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
  4. ^ @JKRMalaysia (2021-02-22). "Kenali Jalan Raya Anda-Jalan Raya Negeri" (Twit) – melalui Twitter.
  5. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  6. ^ a b Google Inc. "Peta Google — K626". Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]