Jalan Negeri Kedah K163

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K163
Jalan Segantang Garam
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda
Panjang9.31 km[1] (5.79 mi)
Simpang utama
Hujung utara K1 di Kampung Tupah
Persimpangan utama FT253 di Taman Lembah Bujang
K636 di Kampung Sungai Gelam
K666 K666 di Kampung Segantang Garam
Hujung selatanJalan mati di Kampung Segantang Garam
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K163 (Jalan Segantang Garam) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian timur Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K163 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 9.31 kilometer (5.8 bt),[1] menghubungkan Kampung Tupah di utara dengan Kampung Segantang Garam di selatan dengan melalui kawasan perkampungan Kampung Bujang, Kampung Telok Che Lela, Kampung Pekan Sebelah, Kampung Sungai Gelam, Kampung Pengkalan Langgar dan Taman Lembah Bujang.[3][4]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Dari penghujung utara di Kampung Tupah, Jalan Negeri Kedah K163 bermula di persimpangannya dengan Jalan Pantai Barat Kedah K1 berhampiran dengan UiTM Cawangan Kedah. Ia akan menuju ke barat laut melalui kawasan sekolah. Apabila pengguna berada di Taman Lembah Bujang, Jalan Segantang Garam K163 akan bersimpang empat dengan Jalan Pintasan Semeling FT253 di mana menyediakan laluan pantas ke Bandar Semeling. Sebelum persimpangan dengan FT253 dibina, ia bersimpang tiga dengan Jalan Negeri Kedah K632,[3] destinasi utamanya ialah Ladang Sungai Batu. Jalan K163 akan membengkok ke arah selatan berhampiran dengan Kampung Pekan Sebelah. Di Kampung Bujang, terdapat sebuah stesen minyak.[4][5]

Jajaran sepanjang Taman Lembah Bujang sehingga Kampung Bujang, Jalan Segantang Garam dikelilingi oleh kawasan perumahan dan perniagaan yang padat. Ia akan membengkok ke arah barat laut semula, di Kampung Telok Che Lela. Bermula di sini sehingga di penghujung selatan, Kampung Kuala Segantang Garam, sawah padi akan ditanam di sepanjang jalan ini. Jalan K161 akan melintasi sungai kecil bernama Sungai Keluang dan seterusnya akan bersilang dengan Jalan Simpang Tiga Pasir-Sungai Gelam K636 di Kampung Sungai Gelam, kira-kira 600 meter (0.4 bt) dari sungai ini. Di Kampung Segantang Garam, jalan K161 akan bersilang dengan Jalan Pengakalan Bujang-Segantang Garam K666. Jajaran K163 akan berakhir di Kampung Segantang Garam berdekatan dengan sebuah surau, ia akan dilanjutkan dengan jalan kampung sedia ada.[4][5]

Secara keseluruhan, Jalan Segantang Garam K163 dikelaskan sebagai jalan raya tunggal dengan dua lorong dari permulaan ke Taman Lembah Bujang dan dari Kampung Pekan Sebelah hingga kepengakhiran hayat jalan. Berdekatan simpang dengan Jalan Pintasan Semeling FT253, ia berubah menjadi jalan raya kembar empat lorong. Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Bujang di Daerah Kuala Muda.[2][5]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Tupah0.00 K1UiTM Merbok, Sungai Petani, ButterworthPenghujung utara
Taman Lembah Bujang1.60 FT253Semeling, Merbok, Ladang Sungai Batu
Kampung Sungai Gelam5.90 K636Kampung Simpang Tiga Pasir, Kampung Batu Hampar
Kampung Segantang Garam7.90K666 K666Kampung Pengkalan Bujang, Kampung Pengkalan Binjal
9.31Jalan MatiPenghujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Bahagian Kejuruteraan JKR (2001). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-03-08. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  4. ^ a b c d "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  5. ^ a b c World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187,950. ISBN 983-2192-36-6.