Jalan Negeri Kedah K252

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K252
Jalan Bendang Tok Leh–Batu 15
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang4.92 km[1] (3.06 mi)
Simpang utama
Hujung utara FT276 di Kampung Bendang Tok Leh
Persimpangan utama
Hujung timur FT276 di Kampung Batu 15
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K252 (Jalan Bendang Tok Leh–Batu 15 atau Jalan Changkat Setol) ialah jalan negeri berstatus biasa yang terletak di bahagian utara Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K266 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 3.131 kilometer (1.9 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Bendang Tok Leh di barat dan Kampung Batu 15 di timur.[3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri K252 bermula sebagai kilometer sifar di perkampungan Kampung Bendang Tok Leh, berdekatan dengan kawasan perumahan Taman Resak, Taman Seri Meranti, Taman Mernati dan Taman Keruing, di simpang tiga FT276 (Jalan Lama Changlun). K252 akan memasuki kawasan perkampungan Kampung Changhai, dan menuju ke tenggara dengan menelusuri kawasan perumahan Taman Seraya dan Taman Akasia. K252 akan membuat lintasan pertama dengan Sungai Titi Serong, berdekatan dengan perumahan Taman Akasia 2, lalu membuat pertemuan secara simpang empat dengan Jalan Negeri K253 (Jalan Kampung Baru). Lintasan Sungai Titi Serong merupakan sempadan antara zon kawasan bandar Changlun dan Mukim Temin.[3][4]

K252 akan melintang dan melalui kawasan perhutanan kecil, dan perkampungan, lalu bersimpang dengan jalan akses ke Taman Saga. Di Kampung Changkat Setol, K252 akan membuat dua kali lintasan dengan dua batang sungai yang berbeza namanya, iaitu Sungai Tok Kassim di kilometer 2.1 dan Sungai Badak di kilometer 2.4. Sebelum lintasan pertama, terdapat simpang kecil ke jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) ke Kampung Rawa. Melepasi lintasan ketiga, terdapat simpang kecil ke Kampung Tok Kong. K252 akan menuju ke timur laut bermula di sini, dan akan melalui kawasan perhutanan di kaki Bukit Tunggal dan kependudukan yang jarang. Sebaik sahaja memasuki kawasan perkampungan Kampung Batu 15, K252 akan membengkok ke utara menuju ke penamat timurnya, di simpang FT276 (Jalan Baru Changlun). Simpang ini hanya boleh diakses oleh pengguna dari arah Universiti Utara Malaysia (UUM) sahaja.[3][4]

Secara keseluruhannya, hampir kesemua jajaran Jalan Negeri K252 yang telah diwarta terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Temin.[2] Bagi untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K252 terletak di Zon 2 selian JKR Daerah Kubang Pasu.[5] K252 juga merupakan jalan raya tunggal timur-barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K252 dikenali sebagai Jalan Kampung Changhai/Kampung Bendang Tok Leh/Kampung Changkat Setoi dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Senarai persimpangan[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Bendang Tok Leh0.00 FT276Jitra, Kampung Padang HalbanPenghujung barat
Kampung Baru1.00K253 K253Kampung Bendang Cherok, Kampung Perik
Kampung Batu 154.92 FT276Bukit Kayu Hitam, Sintok, UUMPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b c Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  5. ^ a b JKR Kubang Pasu (2022). "Perkhidmatan Memotong Rumput, Tumbuh-Tumbuhan, Membersih Semak Samun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Bahu Jalan Sepanjang Jalan Negeri untuk Tahun 2022 bagi Daerah Kubang Pasu, Kedah (Zon 2)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2023. Dicapai pada 25 Januari 2023.