Jalan Negeri Kedah K260

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K260
Jalan Kampung Melele, Jalan Kampung Melele–Kampung Padang
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Daerah Kubang Pasu
Panjang0.97 km[1][2] (0.60 mi)
Simpang utama
Hujung baratKampung Padang
Persimpangan utama
Hujung timur FT176 di Kampung Melele
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K260 (K260) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian barat Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.[3] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu dan memiliki panjang keseluruhan iaitu, 0.972 kilometer (0.6 bt).[1][2] Penghujung barat jalan Negeri K260 terletak di persimpangan dengan jalan kampung berhampiran Kampung Padang, manakala penghujung timurnya terletak di persimpangan dengan FT176 (Jalan Kodiang) di Kampung Melele.[4][5]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri Kedah K260, juga dikenali dengan nama setempat ialah Jalan Kampung Melele, bermula di simpang tiga antara FT176 (Jalan Kodiang), di Kampung Melele. Persimpangan ini adalah terhad, hanya pengguna jalan raya daripada arah Jitra sahaja dapat mencapai K260, manakala dari arah Kodiang harus membuat pusingan-U di persimpangan di hadapannya. Kilometer sifar bermula di simpang FT176, berhampiran dengan Jambatan Terusan Lana Bulu. K260 akan mula melepasi kawasan perumahan penduduk kampung dan akan membengkok tajam ke arah selatan. Jajaran K260 akan kembali asal ke arah barat, tidak jauh dari selekoh pertama dan akan melalui kawasan penanaman sawah padi. K260 diteruskan hingga di penghujung baratnya dan berakhir di simpang tiga antara jalan kampung berhampiran Kampung Padang; ia akan dilanjutkan dengan jajaran jalan kampung sedia ada.[5][6]

Nama jalan raya yang sudah diwartakan dalam Sistem Maklumat Rekod–Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi Jalan Negeri Kedah K260 ialah Jalan Kampung Melele–Kampung Padang dan Jalan Kampung Melele.[1][2] Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Ah, salah satu mukim di Daerah Kubang Pasu.[6]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum pewartaan Jalan Kodiang menjadi Jalan Persekutuan 176 pada tahun 2000, Jalan Negeri Kedah K260 bersimpang dengan Jalan Negeri Kedah K3.[4] Pembinaan Jalan Kampung Melele–Kampung Padang disebutkan di dalam Warta Kerajaan Negeri Kedah Jilid 24, terbitan tahun 1981.[7]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[3][5]DestinasiCatatan
Kampung Melele0.00 FT176 (Jalan Kodiang) – Kodiang, JitraPenghujung timur K260; dari arah Jitra sahaja
Kampung Padang0.97Dilanjutkan dengan jalan kampung sedia adaPenghujung barat K260
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ a b c JKR Daerah Kubang Pasu (2022). "Perkhidmatan Memotong Rumput, Tumbuh-Tumbuhan, Membersih Semak Samun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Bahu Jalan Sepanjang Jalan Negeri untuk Tahun 2022 bagi Daerah Kubang Pasu, Kedah (Zon 4)" (PDF). idaftar.kedah.gov.my. Kerajaan Negeri Kedah. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 21 Mei 2022. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  4. ^ a b Bahagian Kejuruteraan JKR (2001). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-03-08. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  5. ^ a b c "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  6. ^ a b World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187,950. ISBN 983-2192-36-6.
  7. ^ "Government of Kedah gazette, Volume 24" [Warta Kerajaan Negeri Kedah, Jilid 24] (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Negeri Kedah. 1981. m/s. 43.