Jalan Negeri Kedah K263

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K263
Jalan Napoh–Alor Janggus
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang2.41 km[1] (1.50 mi)
Simpang utama
Hujung baratK103 K103 di Kampung Alor Janggus
Hujung timurK104 K104 di Kampung Napoh
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K263 (Jalan Napoh–Alor Janggus) ialah jalan negeri biasa yang terletak di bahagian utara Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K263 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.41 kilometer (1.5 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Alor Janggus di barat dengan Kampung Napoh di timur.[3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri K263 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Alor Janggus, di persimpangan Jalan Negeri K104 (Jalan Napoh–Padang Sera), berdekatan dengan sebuah kawasan perumahan berjajar, Taman Hosba. Permulaan jajaran K263 terletak dalam kawasan Mukim Kubang Pasu, iaitu salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu. Jajaran K263 akan melalui kawasan penanaman pokok getah dan pokok kelapa sawit, yang ditanam oleh penduduk setempat, serta kawasan petempatan berjenis perkampungan. Kira-kira 400 meter berdekatan dengan perumahan dan perindustrian Taman IKS KEDA Hosba, K263 akan bersimpang dengan jalan kampung (JPD), Jalan Kampung Belukar ke Kampung Belukar dan Taman Hosba Indah. Melepasi simpang kecil, K263 akan membengkok ke barat, melalui kawasan estet kelapa sawit, Ladang Siang Bee. Terdapat simpang kecil ke Kampung Napoh Hulu di lengkok itu.[3][4]

K263 akan tamat di simpang tiga Jalan Negeri K103 (Jalan Batu 15 Jitra–Kampung Langsat), di kawasan perkampungan Kampung Alor Janggus, dalam Mukim Hosba. Secara keseluruhannya, jajaran Jalan Negeri K263 yang diwartakan terletak dalam Mukim Kubang Pasu dari Kampung Napoh Ulu ke Taman Hosba, dan Mukim Husba dari Kampung Alor Janggus ke Kampung Napoh Ulu. K263 juga merupakan jalan raya tunggal timur-barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K264 dikenali sebagai Jalan Napoh/Alor Janggus dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Senarai persimpangan[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Napoh0.00K104 K104Kodiang, Kampung Padang Sera, JitraHujung timur
Kampung Alor Janggus2.40K103 K103Changloon, Kampung Tok ParohHujung barat
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  5. ^ JKR Kubang Pasu (2022). "Perkhidmatan Memotong Rumput, Tumbuh-Tumbuhan, Membersih Semak Samun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Bahu Jalan Sepanjang Jalan Negeri untuk Tahun 2022 bagi Daerah Kubang Pasu, Kedah (Zon 3)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Disember 2022. Dicapai pada 20 Februari 2022.