Jalan Negeri Kedah K267

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K266
Jalan Batas Jenalik–Guar Arang
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang3.15 km[1] (1.96 mi)
Simpang utama
Hujung baratK103 K103 di Kampung Guar Arang
Hujung timur E1 E1 / FT1 di Kampung Batas
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K267 (Jalan Batas Jenalik–Guar Arang atau Jalan Kampung Batas Jenalik) ialah jalan negeri berstatus biasa yang terletak di bahagian utara Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K267 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 3.149 kilometer (2.0 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Guar Arang di barat dan Kampung Batas di timur.[3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri K267 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Batas, dalam zon pecahan pentadbiran Bandar Changloon, di barat Mukim Temin, di simpang tiga Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara (bertindih dengan Jalan Persekutuan 1), lebuh raya ekspres utama di Malaysia. K267 akan melalui kawasan perkampungan Kampung Batas dan kawasan pertanian seperti penanaman pokok getah, dan sawah padi, yang diusahakan oleh penduduk setempat di sepanjang jajarannya. K267 akan meninggalkan kawasan Bandar Changloon, kira-kira 650 meter dari penamat timurnya, dan memasuki kawasan Mukim Temin. K267 akan bersimpang dengan jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) di kawasan perladangan kelapa sawit di selatan Kampung Tok Paroh. Simpang jalan kampung itu menuju ke kawasan perkampungan kecil Kampung Tok Paroh dan Kampung Sira. K267 akan melalui kawasan perladangan sekali lagi tetapi agak berbukit sedikit, lalu tiba di penamat baratnya, di Kampung Guar Arang, ia bersimpang dengan Jalan Negeri K103 (Jalan Batu 13–Kampung Langsat).[3][4]

Secara keseluruhannya, hampir kesemua jajaran Jalan Negeri K267 yang telah diwarta terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Temin.[2] Bagi untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K267 terletak di Zon 2 selian JKR Daerah Kubang Pasu.[5] K267 juga merupakan jalan raya tunggal timur-barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K267 dikenali sebagai Jalan Kampung Batas Jenalik/Kampung Guar Arang dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Senarai persimpangan[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia. Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Batas0.00 E1 E1 / FT1Jitra, Bukit Kayu HitamPenghujung timur
Kampung Guar Arang3.15K103 K103Kodiang, Tunjang, Kampung LangsatPenghujung barat
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  5. ^ a b JKR Kubang Pasu (2022). "Perkhidmatan Memotong Rumput, Tumbuh-Tumbuhan, Membersih Semak Samun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Bahu Jalan Sepanjang Jalan Negeri untuk Tahun 2022 bagi Daerah Kubang Pasu, Kedah (Zon 2)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2023. Dicapai pada 25 Januari 2023.