Jalan Negeri Kedah K284

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K284
Jalan Tok Kesop–Jitra
Jalan Kampung Aman
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang0.65 km[1] (0.41 mi)
Simpang utama
Hujung barat K285 di Kampung Tok Kesop
Hujung timur FT1 di Jitra
Lokasi
Destinasi
utama
  • Pusat Perniagaan Aman
  • Pekan Jitra 2 dan 3
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K284 (Jalan Tok Kesop–Jitra atau dikenali Jalan Kampung Aman) ialah jalan negeri biasa dan pendek yang terletak di bahagian selatan Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K284 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 0.654 kilometer (0.4 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Tok Kesop di utara dengan Kampung Padang di selatan.[3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri K284 bermula sebagai kilometer sifar, di simpang tiga Jalan Negeri K285 (Jalan Tok Kesop), di kawasan perkampungan Kampung Tok Kesop, berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Jitra 2. Permulaan jajaran K284 terletak dalam kawasan Mukim Jitra, iaitu salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu. Di Kampung Tok Kesop, K284 melalui kawasan penanaman sawah padi dan bersimpang dengan beberapa Jalan Perhubungan Desa (JPD) atau dikenali sebagai jalan kampung, iaitu Jalan Haji Hussien dan Lorong Haji Ahmad. Selepas melepasi simpang kecil Lorong Haji Ahmad, K284 akan menjadi jalan raya kembar sehingga di terminal timurnya. Lalu, bersimpang empat dengan Jalan PJ 7 dan jalan akses ke Lotus's Jitra dan Jitra Mall. K284 melalui kawasan perniagaan Pekan Jitra 2 dan3, lalu tamat di simpang tiga Jalan Persekutuan 1 (Jalan Jitra), berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra.[3][4]

Secara keseluruhannya, kesemua jajaran Jalan Negeri K284 yang diwartakan terletak dalam Mukim Jitra, iaitu salah satu mukim di Daerah Kubang Pasu. K284 juga merupakan jalan raya tunggal dua lorong dari Kampung Tok Kesop–simpang Lorong Haji Ahmad dan jalan raya kembar empat lorong dari simpang Lorong Haji Ahmad–simpang FT1 dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K284 dikenali sebagai Jalan Tok Kesop/Jitra dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Senarai persimpangan[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Tok Kesop0.00 K285Sungai Korok, Kampung Telok MalikHujung barat
0.15Jalan Haji Hussien / Lorong Haji Ahmad
Jitra0.30Jalan PJ 7 – Medan Selera Pekan Jitra 2, Stesen Bas Jitra
0.65 FT1 (Utara)Changlun, Kodiang, Alor SetarHujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  5. ^ JKR Kubang Pasu (2022). "Perkhidmatan Memotong Rumput, Tumbuh-Tumbuhan, Membersih Semak Samun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Bahu Jalan Sepanjang Jalan Negeri untuk Tahun 2022 bagi Daerah Kubang Pasu, Kedah (Zon 5)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Januari 2023. Dicapai pada 20 Februari 2022.