Jalan Negeri Kedah K289

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K289
Jalan Sungai Korok–Lubuk Kawah
Jalan Kampung Lubuk Kawah
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang2.95 km[1] (1.83 mi)
Simpang utama
Hujung utaraK4 K4 di Kampung Parit Letah
Persimpangan utama
Hujung selatan K283 di Kampung Lubuk Kawah
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K289 (Jalan Sungai Kolok–Lubuk Kawah atau Jalan Kampung Lubuk Kawah) ialah jalan negeri biasa yang terletak di bahagian selatan Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K289 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.95 kilometer (1.8 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Parit Letah di utara dengan Kampung Lubuk Kawah di selatan.[3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri K289 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Parit Letah, di persimpangan Jalan Negeri K4 (Jalan Sungai Korok), hanya tiga kilometer dari pusat bandar Jitra. Permulaan jajaran K289 terletak dalam kawasan Mukim Naga, iaitu salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu. Hampir kesemua jajaran K289 akan melalui kawasan penanaman sawah padi dan kawasan petempatan berselerak di kawasan perkampungan Paya Pulau Dudur, Paya Keriang Menyabong, Paya Chegar, dan Lubuk Kawah. K289 akan membuat lintasan pertama tali air bernama, Tali Air ACLBD2, lalu memasuki kawasan perkampungan Kampung Paya Pulau Dudur. K289 akan bersimpang dengan Jalan Negeri K280 (Jalan Kubang Lembu–Telok Malik), di Kampung Paya Keriang Menyabong. Selepas melepasi simpang tersebut, Tali Air ACLBD1 akan melalui K289, di mana merupakan lintasan kedua bagi K289.[3][4]

K289 akan membuat lintasan terakhir, di utara Kampung Lubuk Kawah dengan Sungai Tanjung Pauh, kemudian melalui kawasan petempatan Kampung Lubuk Kawah, dan tamat di simpang tiga Jalan Negeri K283 (Jalan Ladang Jenan–Batu 10 Naga), di kawasan kampung yang sama. Secara keseluruhannya, kesemua jajaran Jalan Negeri K289 yang diwartakan terletak dalam Mukim Naga, iaitu salah satu mukim di Daerah Kubang Pasu. K289 juga merupakan jalan raya tunggal utara-selatan dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K289 dikenali sebagai Jalan Sungai Korok/Paya Dudur/Lubuk Kawah dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Senarai persimpangan[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Parit Letah0.00K4 K4Sungai Korok, JitraHujung utara
Kampung Paya Keriang Menyabong2.40 K280Kampung Telok Malik, Jitra
Kampung Lubuk Kawah2.40 K283Bandar Darulaman, Kepala BatasHujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  5. ^ JKR Kubang Pasu (2022). "Perkhidmatan Memotong Rumput, Tumbuh-Tumbuhan, Membersih Semak Samun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Bahu Jalan Sepanjang Jalan Negeri untuk Tahun 2022 bagi Daerah Kubang Pasu, Kedah (Zon 5)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Januari 2023. Dicapai pada 20 Februari 2022.