Jalan Negeri Kedah K291

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K291
Jalan Kampung Seberang–Tok Kesop, Jalan Kampung Padang
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Daerah Kubang Pasu
Panjang0.66 km[1] (0.41 mi)
Simpang utama
Hujung utara FT176 di Taman Permata
Hujung selatanK4 K4 di Kampung Tok Kesop
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K291 (diringkaskan K291) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian tengah Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu dan memiliki panjang keseluruhan iaitu, 0.661 kilometer (0.4 bt).[1] Kebanyakan jenis jalan raya yang dibina ialah jalan raya tunggal dengan dua lorong.[3]

Kesemua bahagian laluan ini terletak di kawasan pentadbiran Mukim Jitra, salah satu mukim di Daerah Kubang Pasu.[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kilometer sifar bagi Jalan Negeri K291 terletak berhampiran estet perumahan Taman Permata atau Taman Locik, ia bersimpang dengan Jalan Kodiang FT176. Persimpangan ini dilengkapi dengan lampu isyarat. Jalan raya ini akan menuju ke selatan dengan melalui kawasan perkampungan dan perumahan. Sebaik sahaja melintasi tali air kecil berdekatan Taman Locik, ia menunjukkan bahawa pengguna jalan raya telah memasuki dua kawasan perkampungan sekali gus. Kampung Padang di sisi kiri jalan dan Kampung Seberang di sisi kanan jalan; terdapat juga simpang jalan kampung kecil ke kampung tersebut.[3][4]

290 meter dari hujung utara, K291 akan melalui kawasan penanaman padi. Ia akan bersimpang dengan Jalan Masuk ke Taman Seri Padang di kawasan Kampung Padang sebelum penamat K291 di Kampung Tok Kesop. Jalan perumahan ini boleh menjadi alternatif ke Kampung Sungai Korok. Selepas itu, akan terdapat dua jambatan yang melintasi dua saliran, yang pertama ialah Jambatan Tali Air ACRBD1 manakala yang kedua ialah Jambatan Terusan Alor Changileh. Penamat Jalan Negeri K291 akan bersimpang dengan Jalan Sungai Korok–Jitra K4. Persimpangan ini dikawal oleh papan tanda jalan raya.[3][4]

Nama[sunting | sunting sumber]

Ia dikenali sebagai Jalan Kampung Padang dan Jalan Kampung Seberang dalam kalangan penduduk setempat, namun nama yang telah diwartakan dalam Sistem Maklumat Rekod–Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi Jalan Negeri Kedah K291 ialah Jalan Kampung Seberang–Tok Kesop.[1][4]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasi[3]km[4]DestinasiCatatan
Taman Permata0.00 FT176 (Jalan Kodiang) – Kodiang, Kangar, Tunjang, Taman SinaranPenghujung utara K291
Kampung Padang0.55Jalan Akses Taman Seri Padang – Taman Seri Padang, Kampung Padang, Kampung Seberang
Kampung Tok Kesop0.66K4 K4 (Jalan Sungai Korok) – Kampung Sungai Korok, Kampung Aman, JitraPenghujung selatan K291
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  3. ^ a b c d "Paparan Satelit di Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  4. ^ a b c d "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.