Jalan Negeri Kedah K452

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K452
Jalan Selengkoh–Teroi
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Yan
Panjang7.31 km[1] (4.54 mi)
Simpang utama
Hujung utaraK142 K142 di Kampung Selengkoh
Persimpangan utama
Hujung selatanK146 K146 di Kampung Simpang Empat Teroi
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K452 (Jalan Selengkoh–Teroi atau Jalan Kampung Selengkoh–Teroi) ialah jalan negeri utara-selatan yang terletak di bahagian timur Daerah Yan, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Jalan negeri ini bermula di K142 (Jalan Simpang Tiga Sungai Limau–Kuala Sungai Limau) di Kampung Selengkoh ke K146 (Jalan Guar Chempedak) di Kampung Simpang Empat Teroi, dengan panjang jajarannya mencecah 7.314 kilometer (4.5 bt).[1][3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri K452 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Selengkoh, di pertemuan antara Jalan Negeri K142 (Jalan Simpang Tiga Sungai Limau–Kuala Sungai Limau), berdekatan dengan pertemuan antara terusan Sungai Selingkoh dan terusan Sungai Limau. K452 akan melalui kawasan pertanian sawah padi yang ditanam oleh penduduk sekitar serta kawasan perkampungan di sepanjang terusan Sungai Selingkoh, iaitu Kampung Selengkoh Tengah dan Kampung Ulu Selengkoh. K452 akan melintasi sebatang tali air bernama Tali Feeder 15; terdapat simpang jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) ke Kampung Belida Siam dan Kampung Padang Lumat. Di selatan Kampung Ulu Selengkoh, K452 akan bersimpang dengan FT 271 (Jalan Pulau Bunting–Guar Chempedak). Lalu, K452 akan sedikit melengkung, dan melintasi terusan Sungai Sedaka berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka di Kampung Ulu Sedaka. Di sini terdapat simpang ke K144 (Jalan Batu 17–Sedaka).[3][4]

Selepas melepasi simpang tersebut, K452 akan memasuki kawasan perkampungan Kampung Simpang Tiga Ulu Sedaka, di samping terletak berhampiran dengan persempadan antara Mukim Dulang dan Mukim Sungai Daun. Di Kampung Sungai Lintang, K452 akan membaut pertemuan sebanyak dua kali dengan dua jalan negeri yang berbeza; pertemuan pertama ialah K453 (Jalan Dulang Kechil) manakala pertemuan kedua ialah K456 (Jalan Kampung Titi Batu). DI antara pertemuan tersebut, terusan Sungai Dulang Kechil akan direntasi oleh K452. K452 diteruskan dengan menelusuri kawasan pertanian sawah padi, lalu merentasi Tali Air SCD 1. Rentasan ini merupakan persempadan antara Mukim Sungai Daun dengan Mukim Yan serta zon pentadbiran untuk Pekan Teroi. K452 akan membengkok sedikit ke tenggara, sebelum membuat pertemuan antara K146 (Jalan Guar Chempedak–Yan Kechil) sebagai penamat selatannya. Sebelum K452 tamat, terusan Sungai Yan Kechil akan direntasinya di Kampung Simpang Empat Teroi.[3][4]

Secara keseluruhannya, jajaran Jalan Negeri K452 yang telah diwarta terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Sungai Daun (Kampung Selengkoh ke Kampung Titi Batu) dan Mukim Yan (Kampung Titi Batu ke Kampung Simpang Empat Teroi).[2][3] Bagi untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K452 terletak di Zon 2 selian JKR Daerah Yan.[5] K452 merupakan jalan raya tunggal utara-selatan dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Yan, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K452 dikenali sebagai Jalan Selengkoh Tengah/Teroi dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Yan, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Selengkoh0.00K142 K142Kampung Simpang Tiga Sungai Limau, Alor SetarPenamat utara
Kampung Ulu Sedaka3.28271 FT 271Pulau Bunting, Kampung Sungai Kering
3.76K144 K144Kampung Batu 17, Kampung Sedaka
Kampung Sungai Lintang5.46 K453Kampung Ulu Dulang Kechil
5.62 K456Kampung Titi Batu, Kampung Batu 18
Kampung Simpang Empat Teroi7.31K146 K146Yan, Guar Chempedak, Kampung Sungai RotanPenamat selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Pendang/Yan" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Februari 2020. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Pendang/Yan, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 Disember 2018. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b c d Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  5. ^ a b Jurutera Daerah JKR Daerah Yan (2022). "Borang Sebutharga: Perkhidmatan Memotong Rumput dan Membersihkan Kawasan di Sepanjang Jalan (Zon 2) Tahun 2022 Daerah Yan, Kedah Darul Aman". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2022. Dicapai pada 24 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]