Jalan Negeri Kedah K455

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K455
Jalan Pekan Yan–Titi Hayun
Map
K455 dilabelkan dengan warna merah
Jalan Pekan Yan-Titi Hayun (Kedah State Highway K455), Kampung Titi Hayun 20230629 110229.jpg
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Yan
Panjang3.29 km[1] (2.05 mi)
Simpang utama
Hujung barat K1 di Bandar Yan
Persimpangan utama
Hujung timurTaman Eko Rimba Titi Hayun
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K455 (Jalan Pekan Yan–Titi Hayun, Jalan Masjid atau Jalan Titi Hayun) ialah jalan negeri timur-barat yang terletak di bahagian selatan Daerah Yan, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Jalan negeri ini bermula di K1 (Jalan Pantai Barat Kedah) di Bandar Yan ke kaki Gunung Jerai di Taman Eko Rimba Titi Hayun, dengan panjang jajarannya mencecah 3.29 kilometer (2.0 bt).[1][3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri K455 bermula sebagai kilometer sifar di pusat pentadbiran Daerah Yan iaitu di Bandar Yan, hanya utara dari jambatan Sungai Yan Besar dan Median Niaga Pekan Yan. K455 akan melalui kawasan komersial dan petempatan kecil berjenis kampung. K455 akan bersimpang dengan jalan tanpa nama ke Jalan Pegawai dan Perpustakaan Awam Pekan Yan. Sebelum melengkok sedikit ke timur laut, K455 akan melalui Masjid Jamek Badlishah Pekan Yan dan Rumah Badan Usaha Didikan Anak Yatim (BUDI) Negeri Kedah, lalu membuat lintasan pertamanya dengan Sungai Yan Besar (atau Sungai Yan sahaja). Jajaran K455 dari simpang K1 ke Jambatan Sungai Yan Besar dikenali sebagai Jalan Masjid oleh penduduk sekitar. K455 akan diteruskan dengan nama Jalan Titi Hayun, disamping menelusuri kawasan perkampungan Kampung Acheh, Kampung Dusun Manggis dan Kampung Padang China. Sebelum tamat, K455 akan membuat lintasan keduanya dengan Sungai Dusun Mambang, lalu bersimpang secara simpang empat dengan K458. K455 akan tamat di kawasan Taman Eko Rimba Titi Hayun di Kampung Titi Hayun.[3][4]

Secara keseluruhannya, kesemua jajaran Jalan Negeri K455 yang telah diwarta terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Yan.[2][3] Bagi untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K455 terletak di Zon 3 selian JKR Daerah Yan.[5] K454 merupakan jalan raya tunggal timur-barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Yan, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K455 dikenali sebagai Jalan Pekan Yan/Kampung Acheh/Titi Hayun dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Yan, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Bandar Yan0.00 K1Guar Chempedak, Kampung Singkir, Sungai PetaniPenamat barat
Kampung Titi Hayun2.60K458 K458Kampung Batu Hampar, Kampung Perigi
3.29Taman Eko Rimba Titi HayunParkir kenderaan, chaletPenamat timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Pendang/Yan" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Februari 2020. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Pendang/Yan, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 Disember 2018. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b c Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  5. ^ a b Jurutera Daerah JKR Daerah Yan (2022). "Borang Sebutharga: Perkhidmatan Memotong Rumput dan Membersihkan Kawasan di Sepanjang Jalan (Zon 3) Tahun 2022 Daerah Yan, Kedah Darul Aman". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2022. Dicapai pada 24 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]