Jalan Negeri Kedah K456

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K456
Jalan Batu 18–Titi Batu
Jalan Kampung Titi Batu
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Yan
Panjang2.87 km[1] (1.78 mi)
Simpang utama
Hujung barat K452 di Kampung Sungai Lintang
Persimpangan utama
Hujung timur FT 1 di Kampung Batu 18
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K456 (Jalan Batu 18–Titi Batu atau Jalan Kampung Titi Batu) ialah jalan negeri timur-barat yang terletak di bahagian timur Daerah Yan, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Jalan negeri ini bermula di FT 1 (Jalan Butterworth–Alor Setar) di Kampung Batu 18 ke K452 (Jalan Selengkoh–Kampung Teroi), di Kampung Sungai Lintang, dengan panjang jajarannya mencecah 2.871 kilometer (1.8 bt).[1][3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri K456 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Batu 18, di pertemuan antara FT 1 (Jalan Butterworth–Alor Setar) di Batu 18. Persimpangan ini dikawal oleh papan tanda lalu lintas. K456 akan melintasi sebatang terusan buatan manusia bernama Terusan Wan Muhammad Saman berdekatan dengan kilometer sifar K456 dan kompleks perumahan Taman Chempedak Indah. K456 akan membuat lintasan kedua kalinya dengan Tali Air SCRBD 5, lalu akan melalui kawasan pertanian sawah padi yang diusahakan oleh penduduk sekitar. K456 juga akan sejajar dengan Sungai Dulang Kechil (atau Terusan Dulang Kechil) yang menuju ke muara di Selat Melaka ke arah barat daya. K456 akan melalui kawasan Kampung Belida Mamak, lalu membuat lintasan ketiga dengan Parit Bakong. Di lintasan ini juga, K456 akan memasuki zon pentadbiran Mukim Dulang, meninggalkan zon perbandaran Guar Chempedak dalam Mukim Sala Besar. K456 akan membuat pertemuan dengan FT 271 (Jalan Pulau Bunting–Guar Chempedak) di kawasan perkampungan kecil Kampung Titi Batu, lalu tiba di penamat baratnya. Penamat baratnya terletak di Kampung Sungai Lintang, di mana K456 akan membaut pertemuan dengan Jalan Negeri K452 (Jalan Selengkoh–Kampung Teroi).[3][4]

Secara keseluruhannya, jajaran Jalan Negeri K456 yang telah diwarta terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Sala Besar (Simpang FT 1 ke Kampung Belida Mamak) dan Mukim Dulang (Kampung Belida Mamak ke Kampung Sungai Lintang).[2][3] Bagi untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K456 terletak di Zon 2 selian JKR Daerah Yan.[5] K456 merupakan jalan raya tunggal timur-barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Yan, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K456 dikenali sebagai Jalan Batu 18/Titi Batu dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kerja-kerja menaiktaraf dan pembinaan persimpangan utama FT 271 (Jalan Pulau Bunting–Guar Chempedak) dengan kemudahan lampu isyarat dan papan tanda lalu lintas di sekitar Kampung Titi Batu telah dibina dibawah kontrak UCM Construction Sdn. Bhd, dan dibuka kepada awam pada tahun 2018.[6]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Yan, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Batu 180.00 FT 1Kota Sarang Semut, Guar ChempedakPenamat timur
0.01Jambatan Terusan Wan Muhammad Saman
0.25Jambatan Tali Air SCRBD 5
Kampung Titi Batu1.64Jambatan Parit Bakong
2.38271 FT 271Pulau Bunting, Kampung Sedaka
Kampung Sungai Lintang2.87 K452Kampung Teroi, Kampung SelengkohPenamat barat
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Pendang/Yan" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Februari 2020. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Pendang/Yan, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 Disember 2018. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b c Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  5. ^ a b Jurutera Daerah JKR Daerah Yan (2022). "Borang Sebutharga: Perkhidmatan Memotong Rumput dan Membersihkan Kawasan di Sepanjang Jalan (Zon 2) Tahun 2022 Daerah Yan, Kedah Darul Aman". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2022. Dicapai pada 24 Januari 2022.
  6. ^ Kementerian Kerja Raya Malaysia (30 Julai 2017). "Kenyataan Media – Projek Jalan Sambungan Lebuhraya Utara-Selatan ke Pulau Bunting, Kedah Darul Aman" (PDF). Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Dicapai pada 11 Mac 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]