Jalan Negeri Kedah K457

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K457
Jalan Bukit Besar–Kampung Bahagia
Jalan Batu 12 Kampung Gelam
/Alor Pudak/Kampung Bahagia
Jalan Kampung Gelam
Map
K457 dilabelkan dengan warna merah
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Yan
Panjang5.02 km[1] (3.12 mi)
Simpang utama
Hujung barat K1 di Kampung Bahagia
Hujung timur FT 1 di Kampung Bukit Besar
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K457 (Jalan Bukit Besar–Kampung Bahagia atau Jalan Kampung Gelam) ialah jalan negeri timur-barat yang terletak di bahagian utara Daerah Yan, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Jalan negeri ini bermula di FT 1 (Jalan Butterworth–Alor Setar) di Kampung Bukit Besar ke K1 (Jalan Pantai Barat Kedah), di Kampung Bahagia, dengan panjang jajarannya mencecah 5.02 kilometer (3.1 bt).[1][3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Persimpang K457 di FT 1 menghala ke arah Alor Setar

Jalan Negeri K457 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Bukit Besar, di pertemuan antara FT 1 (Jalan Butterworth–Alor Setar) di Batu 13, berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Bukit Besar. Persimpangan ini dikawal oleh papan tanda lalu lintas. K457 akan melintasi sebatang terusan buatan manusia bernama Terusan Wan Muhammad Saman berdekatan dengan kilometer sifar K457. K457 akan membuat lintasan kedua kalinya dengan Tali Air SCRBD 5, lalu memasuki kawasan pertanian dan perkampungan Kampung Kilang Baru dan Kampung Gelam Tiga (atau Kampung Gelam 3). Di Kampung Alor Pudak, K457 akan membuat lintasan ketiga kalinya dengan Sungai Jerang Belanga (atau Sungei Jerang Belanga) yang bermuara di Sungai Sala (atau Sungei Sala). K457 diteruskan menuju ke barat, dan sedikit melengkung di Kampung Alor Pudak. K457 akan melintasi tali air Tali Air SCRBD 5b1, di Kampung Gelam Satu, lalu memasuki kawasan perkampungan Kampung Kubang Busok, dan Kampung Permatang Keling. K457 akan membuat pertemuan antara K1 (Jalan Pantai Barat Kedah), di Kampung Bahagia, apabila tiba di penamat baratnya.[3][4]

Secara keseluruhannya, kesemua jajaran Jalan Negeri K457 yang telah diwarta terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Sala Besar.[2][3] Bagi untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K457 terletak di Zon 1 selian JKR Daerah Yan.[5] K457 merupakan jalan raya tunggal timur-barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Yan, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K457 dikenali sebagai Jalan Batu 12 Kampung Gelam/Alor Pudak/Kampung Bahagia dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Yan, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Bukit Besar0.00 FT 1Kota Sarang Semut, Guar ChempedakPenamat timur
Kampung Bahagia5.10 K1Yan, Kampung Singkir, Kuala KedahPenamat barat
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Pendang/Yan" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Februari 2020. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Pendang/Yan, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 Disember 2018. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b c Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  5. ^ a b Jurutera Daerah JKR Daerah Yan (2022). "Borang Sebutharga: Perkhidmatan Memotong Rumput dan Membersihkan Kawasan di Sepanjang Jalan (Zon 1) Tahun 2022 Daerah Yan, Kedah Darul Aman". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2022. Dicapai pada 24 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]