Jalan Negeri Kedah K501

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K501
Jalan Kampung Perupok–Bendang Raja
Jalan Perupok–Kampung Lampam
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Pendang
Panjang7.43 km[1][2] (4.61 mi)
Simpang utama
Hujung baratK127 K127 di Kampung Simpang Perupok
Hujung timur K17 di Kampung Bendang Raja
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K501 (dikenali sebagai Jalan Kampung Perupok–Bendang Raja dan Jalan Perupok–Kampung Lampam) ialah jalan negeri timur-barat yang terletak di Daerah Pendang, dalam negeri Kedah, Malaysia.[3] Pewartaan jalan negeri ini terletak di bahagian timur laut Daerah Pendang dalam zon Mukim Rambai dan Mukim Padang Kerbau. Penghujung barat K501 terletak di K127 (Jalan Kubur Panjang) di Kampung Simpang Perupok manakala penghujung timurnya terletak di K17 (Jalan Kampung Lampam–Gajah Putih) di Kampung Bendang Raja,[4] dengan panjang jajarannya mencecah 7.43 kilometer (4.6 bt).[1][2]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

K501 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Simpang Perupok, beberapa meter dari Pekan Kubur Panjang, di simpang tiga K127 (Jalan Kubur Panjang), berdekatan dengan sebuah stesen minyak yang dimilik BuraqOil. K501 akan melalui kawasan perkampungan kecil, di samping berfungsi sebagai persempadan zon Pekan Kubur Panjang dalam Mukim Rambai. Di Kampung Simpang Bukit Berangan, K501 akan bersimpang dengan sebatang jalan kampung selorong (Jalan Perhubungan Desa; JPD) ke Kampung Bukit Berangan. K501 diteruskan dengan melalui kawasan pertanian sawah padi dan pokok getah. Ia akan berkelok ke selatan apabila membuat pertemuan dengan Jalan Kampung Kolok di Kampung Perupok, lalu melintasi anak sungai Sungai Lampam. K501 akan melengkung ke arah timur, apabila lintasan anak sungai Sungai Lampam dibuat, lalu menelusuri kaki bukit tanpa nama dan kawasan perkampungan Kampung Banggol. Sebelum K501 membuat lengkungan ke utara, ia akan bersimpang dengan Jalan Kampung Kayu Bangun, sebuah jalan akses ke Kampung Kayu Bangun.[4][5]

Di Kampung Petani, jajaran K501 akan diteruskan dengan berkelok ke selatan, bersimpang dengan Jalan Kampung Petani. Bermula di sini, K501 akan berfungsi sebagai persempadan antara Mukim Rambai di sisi utara jalan dan Mukim Padang Kerbau di sisi selatan jalan. K501 akan membuat lintasan kedua kalinya dengan Sungai Lampam, lalu memasuki kawasan perkampungan Kampung Bendang Raja. Ia akan melalui kawasan perumahan yang sejajar di jalan raya, dan menuju ke arah timur laut lalu turun ke bawah iaitu ke arah tenggara sebaik sahaja melepasi Sekolah Kebangsaan Bendang Raja. K501 akan melalui kawasan pertanian padi, getah dan kelapa sawit, meninggalkan kawasan petempatan manusia di Kampung Bendang Raja dan tamat di pertemuan antara K17 (Jalan Kampung Lampam–Gajah Putih), di Ladang Kemajuan Tanah Lampam.[4][5]

Secara keseluruhannya, jajaran Jalan Negeri K501 yang telah diwarta terletak dalam kawasan luar bandar di timur laut Daerah Pendang.[3][4] K501 merupakan jalan raya tunggal timur-barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Pendang, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][5] K501 dikenali sebagai Jalan Kampung Perupok–Kampung Bendang Raja dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[1][2]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Pendang, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[5]DestinasiCatatan
Kampung Simpang Perupok0.00K127 K127Kubur Panjang, Kampung Bukit PayungPenamat barat
Kampung Bendang Raja7.43 K17Kuala Nerang, Kampung Cina, NakaPenamat timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Pendang/Yan" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Februari 2020. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  2. ^ a b c Kementerian Kerja Raya Malaysia (2016). "MyRoad–Pedia For Public". mygos.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  3. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Pendang/Yan, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 Disember 2018. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  4. ^ a b c d Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  5. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]