Jalan Negeri Kedah K557

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K557
Jalan Kampung Langgok
Jalan Kampung Jeneri
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Sik
Panjang1.14 km[1] (0.71 mi)
Simpang utama
Hujung baratKampung Tanjung
Persimpangan utamaK558 Jalan Kampung Tala
K155 Jalan Begia–Nami
Hujung timurKampung Jeneri
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Kampung Langgok (Laluan Negeri Kedah K557) ialah jalan negeri yang terletak di barat Daerah Sik, Kedah, Malaysia.[2][3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Kampung Langgok juga dikenali sebagai Jalan Kampung Jeneri, diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Sik dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.14 kilometer (0.7 bt),[1] menghubungkan Kampung Tanjong di barat dengan Kampung Jeneri di timur.[4] Jenis jalan raya yang digunakan di bahagian Jalan Kampung Langgok ialah jalan raya tunggal dua lorong.[5][6] Secara pentadbiran, jalan negeri ini terletak di bawah Mukim Jeneri.[2]

Permulaan Jalan Kampung Langgok terletak di kawasan Kampung Jeneri berhampiran dengan Pondok Polis Jeneri, di persimpangannya dengan Jalan Begia–Nami (Laluan Negeri Kedah K155). Laluan menuju ke penghujung barat dengan membengkok ke arah barat daya dan melalui kawasan perkampungan. 500 meter (0.3 bt) di hadapan, di Kampung Langgok, akan terdapat simpang menuju Jalan Kampung Tala (Laluan Negeri Kedah K558). Selepas melepasi simpang tiga tersebut, laluan akan membengkok ke arah barat laut. Laluan diteruskan hingga di penghujungnya berdekatan dengan Kampung Tanjong, ia akan diakhiri dengan jalan mati.[4][5][6]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Sik, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[5][6]DestinasiCatatan
Kampung Jeneri0.00K155 K155Kampung Betong, Sik, JeniangPenghujung timur
Kampung Langgok0.50K558 K558Kampung TalaSimpang tiga
Kampung Tanjung1.14Tiada persimpangan utamaPenghujung barat
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Sik" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ @JKRKMS (29 Disember 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 1 — Jalan Negeri di Daerah Sik" (Twit). Dicapai pada 28 Februari 2022 – melalui Twitter.
  4. ^ a b Bahagian Kejuruteraan JKR (2003). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-21. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  5. ^ a b c "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  6. ^ a b c Google Inc (25 Januari 2022). "K557" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Februari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]