Jalan Negeri Kedah K572

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K572
Jalan Gajah Putih–Dusun Pengapit
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sik
Panjang2.10 km[1] (1.31 mi)
Simpang utama
Hujung baratKampung Gajah Putih
Persimpangan utama Jalan Kuala Ketil–Kuala Nerang
K153 Jalan Gajah Putih–Lubuk Merbau
K555 Jalan Kampung Kuala Temin
Hujung timurKampung Dusun Pengapit
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Gajah Putih–Dusun Pengapit (Laluan Negeri Kedah K572) ialah jalan negeri yang terletak di Daerah Sik, Kedah, Malaysia.[2][3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Gajah Putih–Dusun Pengapit diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Sik dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.10 kilometer (1.3 bt).[1] Jenis jalan raya yang digunakan di hampir kesemua bahagian Jalan Gajah Putih–Dusun Pengapit ialah jalan raya tunggal.

Permulaan laluan ini terletak di Kampung Gajah Putih, di persimpangannya dengan Jalan Kuala Ketil–Kuala Nerang (Laluan Negeri Kedah K17). 210 meter (0.13 bt) di hadapan, akan terdapat bulatan di Kampung Batu Tanggok, laluan ini akan bersilang dengan Jalan Gajah Putih–Lubuk Merbau (Laluan Negeri K153). Selepas melepasi bulatan tersebut, kira-kira di 1.1 kilometer (0.68 bt), laluan ini akan bersilang dengan Jalan Kampung Kuala Temin (Laluan Negeri K555) dan diteruskan hingga penghujungnya di Kampung Dusun Pengapit dengan jalan mati.[4][5]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Sik, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4][5]DestinasiCatatan
Kampung Gajah Putih0.00 K17Jeniang, Kuala Ketil, Pendang, Kampung BaruPenghujung barat
Kampung Batu Tanggok0.21K153 K153Durian Burung, FELDA Lubuk MerbauBulatan
Kampung Kuala Temin1.10K555 K555Kampung Betong, Kampung MasjidSimpang tiga
Kampung Dusun Pengapit2.10Tiada persimpangan utamaPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Sik" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 2021-12-30.
  3. ^ @JKRKMS (1 Januari 2017). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 1- Jalan Negeri di Daerah Sik" (Twit) – melalui Twitter.
  4. ^ a b "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  5. ^ a b Google Inc. "Peta Google — K572" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]