Jalan Negeri Kedah K581

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K581
Jalan Sungai Senam
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Daerah Sik
Panjang1.60 km[1] (0.99 mi)
Simpang utama
Hujung baratK554 K554 di Kampung Sungai Senam
Persimpangan utama
Hujung timurKampung Sungai Senam
Lokasi
Destinasi
utama
  • KEDA Sungai Senam
  • FELCRA Sungai Senam
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K581 (K581) ialah jalan negeri yang terletak di Daerah Sik, Kedah, Malaysia. Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Sik. K581 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.6 kilometer (1.0 bt),[1] menghubungkan K554 di barat dengan Kampung Sungai Senam di timur, melalui kawasan perkampungan tersebut dan Kampung KEDA Sungai Senam.[2]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Dari hujung barat di Kampung Sungai Senam, Jalan Negeri Kedah K581 bermula di persimpangannya dengan K554 (Jalan Kubang Lintah–Paya Terendam), berdekatan dengan Stesen Minyak Buraq Oil Kampung Sungai Senam. Simpang tiga ini tidak dilengkapi dengan kemudahan lampu isyarat dan kilometer sifar bermula di sini. Ia akan melalui kawasan perhutanaan hijau, melintasi Sungai Charok Tenam. Berdekatan dengan Klinik Desa Sugai Senam, ia membengkok sedikit ke arah timur laut. K581 akan melalui petempatan Kampung Keda Sungai Senam yang mempunyai pola petempatan berjajar. K581 membengkok ke arah tenggara di Kampung KEDA Sungai Senam kemudian kembali ke arah timur laut berhampiran dengan Surau Al Hidayah Kampung Sungai Senam.[2][3]

Jalan Negeri K581 membengkok tajam ke arah barat menuju ke hujung selatan dan tamat di Kampung Sungai Senam. Jajaran jalan raya akan dilanjutkan dengan jalan kampung sedia ada. Disebabkan jalan negeri ini melalui kawasan perkampungan, terdapat banyak simpang kecil jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) selorong.[2][3] Nama jalan raya yang sudah diwartakan dalam Sistem Maklumat Rekod–Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi Jalan Negeri Kedah K581 ialah Jalan Kampung Sungai Senang.[1] Ia juga dikenali sebagai Jalan Sungai Senam, Jalan Kampung Sungai Senam dan Jalan Sungai Senang. Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Sik. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Sik, salah satu mukim di Daerah Sik.[3]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Sik, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[2]DestinasiCatatan
Kampung Sungai Senam0.00K554 K554 (Jalan Kubang Lintah–Paya Terendam) – Kampung Paya Terendam, Kampung BetongPenghujung barat K581
1.10Kampung Sungai SenamPenghujung timur K581
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Mercu tanda[sunting | sunting sumber]

  • Klinik Desa Sungai Senang
  • Perpustakaan Awam Desa KEDA Kampung Sungai Senang
  • Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) KEMAS Kampung Sungai Senang[4]
  • Surau Al Hidayah Kampung Sungai Senang

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Sik" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ a b c d "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  3. ^ a b c World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187,950. ISBN 983-2192-36-6.
  4. ^ "Senarai Tabika KEMAS di Kedah, Malaysia" (PDF). kemas.gov.my. Jabatan Kemajuan Masyarakat. 2020. Dicapai pada 20 Januari 2022.