Jalan Negeri Kedah K611

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K611
Jalan Kampung Haji Ngah
Laluan K611 dilabelkan dengan warna merah.
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda
Panjang1.20 km[1] (0.75 mi)
Simpang utama
Hujung baratTaman Seri Bedong
Persimpangan utama Jalan Butterworth–Alor Setar
K619 Jalan Kampung Zainal Abidin
Hujung timurKampung Haji Ngah
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Kampung Haji Ngah (Laluan Negeri Kedah K611) ialah jalan negeri yang terletak di utara Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Kampung Haji Ngah diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.2 kilometer (0.7 bt),[1] menghubungkan Taman Seri Bedong di barat dengan Kampung Haji Ngah di timur.[3] Jenis jalan raya yang digunakan di hampir kesemua bahagian Jalan Kampung Haji Ngah ialah jalan raya tunggal dua lorong.[4][5]

Permulaan Jalan Kampung Haji Ngah terletak di kawasan perumahan Taman Seri Bedong, di persimpangannya dengan Jalan Butterworth-Alor Setar (Laluan Persekutuan Malaysia 1), jalan raya utama di bahagian tengah Semenanjung Malaysia. Laluan menuju ke timur melalui kawasan taman perumahan. Kira-kira 300 meter (0.2 bt) dari penghujung barat, akan terdapat simpang empat menuju ke Jalan Kampung Zainal Abidin (Laluan Negeri K619; arah selatan) dan Persiaran Sinar Mentari 2 (arah utara). Selepas melepasi persimpangan kecil tersebut, akan terdapat terowong kecil. Laluan diteruskan hingga di penghujungnya di Kampung Haji Ngah, ia akan dilanjutkan dengan jalan PBT sedia ada dan akan terdapat simpang kecil menuju ke Kampung Lebai Ali dengan menggunakan jalan kampung yang sudah dibina.[3][4][5]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4][5]DestinasiCatatan
Taman Seri Bedong0.0 FT1Butterworth, Bedong, Sungai PetaniPenghujung barat
Kampung Haji Ngah0.3K619 K619Kampung Masjid, Indian CampSimpang tiga
1.2Dilanjutkan dengan jalan PBT sedia ada.Penghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b JKR Kuala Muda (23 November 2016). "Jalan Raya Negeri di Daerah Kuala Muda". Facebook. Blog Jalan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Bahagian Kejuruteraan JKR (2003). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-21. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  5. ^ a b c Google Inc (25 Januari 2022). "K611" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Februari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]