Jalan Negeri Kedah K613

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K613
Jalan Kilang Mardec-Sungai Perahu
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya Kuala Muda
Panjang2.97 km (1.85 mi)
Simpang utama
Hujung utaraJeniang
Persimpangan utama Jalan Kuala Ketil-Kuala Nerus
Jalan Gurun-Kepala Batas
Hujung selatanKampung Genuak
Lokasi
Destinasi
utama
Kampung Sungai Perahu
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Kilang Mardec-Sungai Perahu (Laluan Negeri Kedah K613) ialah jalan raya negeri di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[1][2]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Kilang Mardec-Sungai Perahu disenggerakan oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[3] Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.97 kilometer (1.8 bt).[4] Di kebanyakan bahagian di Jalan Kilang Mardec-Sungai Perahu adalah jalan raya tunggal.[5]

Permulaan jajaran Jalan Kilang Mardec-Sungai Perahu (K613) berada di Pekan Jeniang, bersimpang dengan Jalan Gurun-Kepala Batas, Laluan Persekutuan 175 dan akan menuju ke selatan melalui kawasan perkampungan Kampung Lahar. Seterusnya, kira-kira dalam 500 meter (0.3 bt) terdapat sebuah jambatan menyeberangi Sungai Perahu dan jalan raya akan kearah tenggara serta pengguna jalan raya akan memasuki kawasan Kampung Sungai Perahu di Mukim Teloi Kiri.[5] Di kilometer 1.5, jalan raya akan melengkung ke arah selatan dan akan terdapat sebuah kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Perahu. Selepas melepasi kawasan tersebut, akan terdapat sebuah jambatan Sungai Keduak kiri-kira di kilometer 2.1. Jalan raya menuju ke selatan dan akan berakhir di Jalan Kuala Ketil-Kuala Nerus (Central Spine Road), Laluan Negeri K17 berhampiran dengan Kampung Sungai Keduak.[5]

Senarai simpang[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Kedah, Malaysia.

Daerah km[5] Lokasi/nama simpang Destinasi Catatan
Daerah Kuala Muda 0 Jeniang Gurun, Batu Lima, Alor Setar, Nami Persimpangan
0.2 Kampung Lahar
Jambatan Sungai Perahu
Daerah Kuala Muda 1 Kampung Sungai Perahu
Jambatan Sungai Keduak
Daerah Kuala Muda 2.9 Kampung Sungai Keduak Bukit Selambau, Jeniang, Gajah Putih Persimpangan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-30. Dicapai pada 2021-12-30.
  2. ^ JKR Kuala Muda. "Jalan Raya Negeri di Daerah Kuala Muda". Facebook. Blog Jalan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-20. Dicapai pada 2022-01-27.
  3. ^ @JKRMalaysia (2021-02-22). "Kenali Jalan Raya Anda-Jalan Raya Negeri" (Twit) – melalui Twitter.
  4. ^ "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  5. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]