Jalan Negeri Kedah K620
| Jalan Negeri Kedah K620 | |
|---|---|
| Jalan Batu 48 1/2-Lubok Kawah | |
| Maklumat laluan | |
| Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya Kuala Muda | |
| Panjang | 5.19 km[1] (3.22 bt) |
| Simpang utama | |
| Hujung utara | Ladang Bukit Selambau |
| Hujung selatan | Kampung Lubok Kawah |
| Lokasi | |
| Negara | Malaysia |
| Destinasi utama | Kampung Lubok Segintah |
| Sistem lebuh raya | |
| Sistem Jalan Negeri Malaysia | |
Jalan Batu 48 1/2-Lubok Kawah (Laluan Negeri Kedah K620) ialah jalan raya negeri di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3]
Gambaran keseluruhan
[sunting | sunting sumber]Jalan Batu 48 1/2-Lubok Kawah disenggerakan oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[4] Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 5.19 kilometer (3.2 bt).[1] Di kebanyakan bahagian di Jalan Batu 48 1/2-Lubok Kawah adalah jalan raya tunggal dan jalan bengkang-bengkok.[5]
Permulaan jajaran Jalan Batu 48 1/2-Lubok Kawah (K620) berada di Batu 48 1/2, bersimpang dengan Jalan Kuala Ketil-Kuala Nerus, Laluan Negeri K17 dan akan menuju ke selatan melalui kawasan perladangan Ladang Bukit Selambau. Seterusnya, ada terdapat sebuah jambatan sempit menyerberangi Sungai Selambau yang terletak kira-kira di kilometer 1.4.[5][6] Jalan Batu 48 1/2-Lubok Kawah akan bertemu dengan Jalan Tengkorak Batu-Lubok Kawah, Laluan Negeri K616 di kilometer 3.5; destinasi utamanya ialah Kampung Lubok Segintah. Kira-kira di kilometer 4, pengguna jalan raya akan memasuki kawasan Kampung Lubok Kawah. Jalan Batu 48 1/2-Lubok Kawah akan menuju ke arah selatan dan akan berakhir di Jalan Sungai Petani-Baling, Laluan Persekutuan 67.[5][6]
Senarai simpang
[sunting | sunting sumber]Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Kedah, Malaysia.
| Daerah | km[5] | Lokasi/nama simpang | Destinasi | Catatan | |
|---|---|---|---|---|---|
| Daerah Kuala Muda | 0 | Ladang Bukit Selambau | Persimpangan | ||
| Jambatan Sungai Selambau | |||||
| Daerah Kuala Muda | 3.5 | Jalan Tengkorak Batu-Lubok Kawah | Persimpangan | ||
| 4 | Kampung Lubok Kawah | ||||
| 4.6 | Kampung Lubok Kawah | SK Dataran Muda | Kawasan sekolah | ||
| 5 | Jalan Sungai Petani-Baling | Persimpangan | |||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
- ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-30. Dicapai pada 2021-12-30.
- ^ @JKRKMS (23 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik : Part 4 - Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
- ^ @JKRMalaysia (2021-02-22). "Kenali Jalan Raya Anda-Jalan Raya Negeri" (Twit) – melalui Twitter.
- ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
- ^ a b Google Inc. "Peta Google — K620". Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Statistik Jalan (Edisi 2018) (PDF). Kuala Lumpur: Jabatan Kerja Raya Malaysia. 14 November 2018. ISSN 1985-9619.