Jalan Negeri Kedah K622

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K622
Jalan Sekerat
Kedah State Highway K622 (Jalan Sekerat) 1.jpg
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda
Panjang1.01 km[1] (0.63 mi)
Simpang utama
Hujung utara FT1 di Sungai Petani
Hujung selatanK691 FT67 / K691 di Sungai Petani
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K622 (Jalan Sekerat) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian tengah Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K622 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.01 kilometer (0.6 bt),[1] menghubungkan Jalan Butterworth–Alor Setar (Jalan Badlishah) FT1 di utara dengan Jalan Kuala Ketil FT67 di selatan dengan melalui kawasan pekan lama bagi Sungai Petani.[3][4]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Persimpangan Jalan Sekerat K622 di Jalan Badlisihah FT1.

Dari penghujung utara di Sungai Petani, Jalan Negeri Kedah K622 bermula di persimpangannya dengan Jalan Butterworth–Alor Setar (Jalan Badlishah) FT1 berhampiran dengan Penjara Sungai Petani dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda. Ia akan menuju ke selatan melalui kawasan perumahan dan komersil. Di sepanjang Jalan Sekerat K622, terdapat banyak simpang ke jalan perumahan, contohnya persimpangan Jalan Semangat, Jalan Sejati dan lain-lain. Walaubagaimanapun, sepanjang jajaran jalan K622, tidak ada persilangan antara jalan utama. Ia akan berakhir di hadapan Kuil Hindu Sri Subramaniya Swami Devasthanam di kawasan pekan lama Sungai Petani, bersimpang berperingkat dengan Jalan Kuala Ketil FT67 dan Jalan Gamuda K691.[4][5] Secara keseluruhan, Jalan Sekerat K622 dikelaskan sebagai jalan raya tunggal dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah sempadan antara dua mukim iaitu Mukim Sungai Petani, salah satu mukim di Daerah Kuala Muda.[2][5]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Sungai Petani0.00 FT1Gurun, Guar Chempedak, Tikam Batu, ButterworthPenghujung utara
1.01 K691 FT67 / K691Kuala Ketil, Baling, Taman Petani Jaya, Kampung RajaPenghujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Mercu tanda[sunting | sunting sumber]

Antara mercu tanda setempat ialah:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ Bahagian Kejuruteraan JKR (2001). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-03-08. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  4. ^ a b c "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  5. ^ a b World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187 950. ISBN 983-2192-36-6.
  6. ^ "Gandhi Memorial Hall". Yayasan myNadi (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2018. Dicapai pada 2022-03-31.
  7. ^ "RISDA District Office in Kedah" [Pejabat Daerah RISDA di Kedah]. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (dalam bahasa Inggeris). Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia. Dicapai pada 2022-03-31.