Jalan Negeri Kedah K623

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K623
Jalan Kampung Ekor Lubuk
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda
Panjang1.44 km[1] (0.89 mi)
Simpang utama
Hujung baratKampung Ekor Lubuk
Persimpangan utama Jalan Padang Buluh–Sidam Kiri
Hujung timurKampung Lubok Saga
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Kampung Ekor Lubuk (Laluan Negeri Kedah K624) ialah jalan negeri yang terletak di selatan Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Kampung Ekor Lubuk diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.44 kilometer (0.9 bt),[1] menghubungkan Kampung Ekor Lubuk di barat dengan Kampung Lubok Saga di selatan.[4] Jenis jalan raya yang digunakan di bahagian Jalan Kampung Ekor Lubuk ialah jalan raya tunggal dengan dua lorong.[5][6] Permulaan Jalan Kampung Ekor Lubuk terletak di kawasan kampung itu sendiri; bermula dengan jalan mati dan berhampiran dengan sebuah surau dan kawasan perkuburan. Laluan menuju ke timur melalui kawasan perkampungan dan penanaman sawah padi. Di sepanjang jalan raya, tidak ada persilangan utama. Laluan diteruskan hingga di penghujungnya di Kampung Lubok Saga, ia akan bersilang dengan Jalan Padang Buluh–Sidam Kiri (Laluan Negeri Kedah K618) berdekatan dengan sebuah sekolah kerajaan iaitu, Sekolah Kebangsaan Sidam Kiri.[4][5][6]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[5][6]DestinasiCatatan
Kampung Ekor Lubuk0.00Penghujung barat
Kampung Lubok Saga1.44 K618Kampung Padang Buloh, Padang Serai, Sungai PetaniPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ @JKRKMS (23 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 4 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit). Dicapai pada 28 Februari 2022 – melalui Twitter.
  4. ^ a b Bahagian Kejuruteraan JKR (2003). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-04-20. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  5. ^ a b c "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  6. ^ a b c Google Inc (25 Januari 2022). "K624" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Februari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]