Jalan Negeri Kedah K627

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K627
Jalan Taman Intan, Lebuh Intan
Map
K627 dilabelkan dengan warna merah.
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda
Panjang1.75 km[1] (1.09 mi)
Simpang utama
Hujung baratTaman Intan
Persimpangan utama
Hujung timur FT1 di Taman Seri Putra
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K627 (Jalan Taman Intan atau Lebuh Intan) ialah jalan negeri yang terletak di tengah Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Taman Intan.

Jalan Taman Intan diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.75 kilometer (1.1 bt),[1] menghubungkan Taman Sinar Intan di barat dengan Taman Seri Putra di timur.[4] Jenis jalan raya yang digunakan di bahagian Jalan Taman Intan ialah jalan raya tunggal dua lorong (Taman Seri Putra–Jambatan Sungai Bakar Arang) dan jalan raya kembar dua lorong setiap arah (Jambatan Sungai Bakar Arang–Taman Sinar Intan).[5][6]

Permulaan Jalan Taman Intan terletak di kawasan perumahan Taman Seri Putra, di persimpangannya dengan Jalan Butterworth-Alor Setar (Laluan Persekutuan Malaysia 1), jalan raya utama di bahagian tengah Semenanjung Malaysia. Laluan menuju ke barat melalui kawasan taman perumahan. Kira-kira 160 meter (0.1 bt) dari penghujung barat berhampiran dengan penghujung timur juga, akan terdapat simpang tiga menuju ke Jalan Sungai Petani–Taman Intan (Laluan Negeri K661; atau Jalan Pangkalan). Jenis jalan raya akan berubah menjadi jalan raya kembar apabila melepasi jambatan kecil Sungai Bakar Arang. Akan ada simpang tiga di 900 meter hadapan, ia bersilang dengan Jalan Taman Intan–Penghulu Him (Laluan Negeri K660). Laluan diteruskan hingga di penghujungnya di Taman Sinar Intan, ia akan berakhir dengan jalan mati.[4][5][6]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[5][6]DestinasiCatatan
Taman Seri Putra0.00 FT1Butterworth, Alor Setar, Tikam BatuPenghujung timur
Taman Pekan Baru0.16K661 K661Sungai Petani, Kampung Bakar KaporSimpang tiga
Taman Intan0.90K660 K660 — Riverfront City, Kampung Penghulu HimSimpang tiga
1.75Jalan mati berhampiran Taman Seri Intan; pusingan U dibenarkan.Penghujung barat
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ @JKRKMS (23 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 4 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit). Dicapai pada 28 Februari 2022 – melalui Twitter.
  4. ^ a b Bahagian Kejuruteraan JKR (2003). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-04-20. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  5. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  6. ^ a b c Google Inc (25 Januari 2022). "K627" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Februari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]