Jalan Negeri Kedah K643

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K643
Jalan Kota Kuala Muda–Permatang Tengah
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Muda
Panjang5.10 km[1][2] (3.17 mi)
Simpang utama
Hujung utaraKampung Permatang Tengah
Persimpangan utamaK644 Jalan Kampung Bukit Berangan
Jalan Tikam Batu–Pantai Merdeka
Hujung selatanKota Kuala Muda
Lokasi
Destinasi
utama
Kampung Bukit Berangan
Kampung Sungai Emas
Kampung Sungai Emas Hujung
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Kota Kuala Muda–Permatang Tengah (Laluan Negeri Kedah K643) ialah jalan raya negeri di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[3][2]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Kota Kuala Muda–Permatang Tengah diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[4] Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 5.1 kilometer (3.2 bt).[1] Di kebanyakan bahagian di Jalan Kota Kuala Muda–Permatang Tengah adalah jalan raya tunggal dua lorong.[5]

Permulaan jajaran Jalan Kota Kuala Muda–Permatang Tengah berada di Kota Kuala Muda bersimpang dengan Jalan Tikam Batu-Pantai Merdeka (Laluan Negeri K14), berdekatan dengan Masjid Kota Raja, Balai Polis Kota Kuala Muda dan Klinik Kesihatan Kota Kuala Muda dan akan menuju ke utara ke Kampung Sungai Emas. Di kilometer 0.8, akan terdapat sebuah jambatan kecil menyeberangi sebatang parit dan pengguna jalan raya sudah berada di kawasan perkampungan Sungai Mas. Kira-kira di kilometer 2, jalan raya akan selekoh ke arah barat laut melalui kawasan Kampung Sungai Mas dan Kampung Sungai Mas Hujung.[5][6] Di Kampung Bukit Berangan tepatnya di kilometer 4, Jalan Kota Kuala Muda–Permatang Tengah akan bersimpang dengan Jalan Kampung Bukit Berangan (Laluan K644), laluan alternatif ke Kampung Sungai Meriam. Selepas melepasi persimpangan tersebut, akan terdapat Bukit Meriam di tepi jalan raya. Jajaran laluan K643 akan berakhir di Kampung Permatang Tengah bersimpang dengan jalan raya yang sama iaitu, K17.[5][6]

Senarai simpang[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

km[5] bt Lokasi/persimpangan Destinasi Catatan
0.00 0.00 Kota Kuala Muda K14Pantai Merdeka, Tikam Batu Persimpangan
Kampung Sungai Emas
Kampung Sungai Emas Tapak Arkeologi Sungai Emas
Jambatan Saliran
Kampung Sungai Emas Hujung
Jambatan Sungai Udang
4.00 2.49 Kampung Bukit Berangan K644 K644Kampung Bukit Meriam Persimpangan
5.13 3.19 Kampung Permatang Tengah K14 — Pantai Merdeka, Kampung Bukit Kechik
K640Kampung Sungai Meriam
Persimpangan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ a b @JKRKMS (24 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik : Part 5 - Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
  3. ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-30. Dicapai pada 2021-12-30.
  4. ^ @JKRMalaysia (2021-02-22). "Kenali Jalan Raya Anda — Jalan Raya Negeri" (Twit) – melalui Twitter.
  5. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  6. ^ a b Google Inc. "Peta Google — K643" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]