Jalan Negeri Kedah K658

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K658
Jalan Kelab Sungai Petani–Taman Bunga Raya, Jalan Pegawai
Map
K568 dilabelkan dengan warna merah.
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Muda
Panjang0.92 km[1] (0.57 mi)
Simpang utama
Hujung utaraK167 K167 di Taman Bunga Raya
Persimpangan utama
  • K607 di Taman Jubli Perak
Hujung selatanK659 K659 di Kelab Sungai Petani
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K658 (Jalan Pegawai, Jalan Taman Bunga Raya atau Jalan Kelab Sungai Petani–Taman Bunga Raya) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian tengah Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K658 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 0.92 kilometer (0.6 bt),[1][3] menghubungkan Taman Bunga Raya di utara dengan Jalan Kelab Sungai Petani–Sungai Layar K659 di selatan.[4]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Permulaan Jalan Pegawai K658 terletak di Kelab Sungai Petani, di persimpangannya dengan Jalan Kelab Sungai Petani–Sungai Layar K659. Beberapa meter hadapan, jalan raya ini akan bertemu dengan Jalan Sungai Layar K607 (atau Jalan Kapal Terbang) berdekatan dengan Perpustakaan Awam Sungai Petani, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Muda dan Klinik Pergigian Sungai Petani. Selepas itu, jalan raya akan membengkok ke arah timur laut. Jajaran jalan raya diteruskan hingga di penghujungnya di Bulatan Taman Bunga Raya, di mana ia akan bersilang dengan Jalan Semeling–Sungai Petani (Laluan negeri K167).[4][5]

Secara keseluruhan, Jalan Pegawai K658 ialah sebuah jalan negeri kategori biasa, jalan raya tunggal dengan dua lorong, terletak di kawasan bandar Sungai Petani serta terletak sepenuhnya di Mukim Sungai Petani, Daerah Kuala Muda.[2][6]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kelab Sungai Petani0.00K659 K659Butterworth, Pusat Bandar, Lencongan BaratTerminal selatan
Taman Jubli Perak0.22 K607Kampung Sungai Layar, Kampung Haji Ibrahim
Taman Bunga Raya0.92K167 K167Semeling, Merbok, Bedong
Jalan Bunga Raya — Taman Bunga Raya, SMK Ibrahim
Terminal utara; bulatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ @JKRKMS (27 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 6 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  5. ^ Google Inc. "Peta Google — K658" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  6. ^ World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187 950. ISBN 983-2192-36-6.