Jalan Negeri Kedah K659

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K659
Jalan Kelab Sungai Petani–Sungai Layar
Map
Laluan K659 dilabelkan dengan warna merah.
Kedah State Highway K659 (Jalan Kelab Sungai Petani-Sungai Layar) 1.jpg
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Muda
Panjang1.22 km[1] (0.75 mi)
Simpang utama
Hujung baratKampung Sungai Layar
Persimpangan utama Jalan Sungai Layar
Jalan Bakar Kapor
K658 Jalan Kelab Sungai Petani–Taman Bunga Raya
K167 Jalan Semeling–Sungai Petani
Jalan Butterworth-Alor Setar
Hujung timurSungai Petani
Lokasi
Destinasi
utama
Kampung Penghulu Him
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Kelab Sungai Petani–Sungai Layar (Laluan Negeri Kedah K659) ialah jalan raya negeri yang terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Persimpangan K659 dengan FT1 di Sungai Petani.

Jalan Kelab Sungai Petani–Sungai Layar diselenggarakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.22 kilometer (0.8 bt).[1] Di kebanyakan bahagian di Jalan Kelab Sungai Petani–Sungai Layar adalah jalan raya tunggal dua lorong.[4]

Permulaan laluan ini terletak di Pusat Bandar Sungai Petani, di persimpangannya dengan Jalan Butterworth-Alor Setar, jalan raya utama di bahagian tengah Semenanjung Malaysia. Beberapa meter hadapan, jalan raya ini akan bertemu dengan Jalan Semeling-Sungai Petani (Laluan Negeri K167) berdekatan pusat beli-belah SP Plaza dan Balai Polis Trafik Sungai Petani. Selepas itu, kira-kira 500 meter hadapan, ia akan bersilang dengan Jalan Kelab Sungai Petani–Taman Bunga Raya (atau Jalan Pegawai; Laluan negeri K658). Jajaran diteruskan ke barat dan akan bersimpang dengan Jalan Bakar Kapor (Laluan Negeri K674) di Kampung Penghulu Him. Jalan raya ini akan membengkok ke sedikit utara di kira-kira kilometer 1 selepas melepasi persimpagan jalan K674. Jajaran jalan raya diteruskan hingga di penghujungnya di kawasan Sungai Layar, di mana ia akan bersilang dengan Jalan Sungai Layar (Laluan negeri K607).[4][5]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4][5]DestinasiCatatan
Sungai Petani0.00 FT1Butterworth, Tikam Batu, Kepala BatasTerminal timur
Taman Jubli Perak0.10K167 K167Semeling, Alor Setar, JKR Kuala MudaSimpang empat
0.50K658 K658 — Taman Bunga RayaSimpang tiga
Kampung Penghulu Him0.90 K674Kampung Bakar Kapor, Taman Pekan BaruSimpang tiga
Kampung Sungai Layar1.22 K607 — Taman Seri Tanjung, Lencongan Barat, Kampung Sungai JagongTerminal barat
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-30. Dicapai pada 2021-12-30.
  3. ^ @JKRKMS (27 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 6 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  5. ^ a b Google Inc. "Peta Google — K659" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]