Jalan Negeri Kedah K687

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K687
Jalan Guar Nenas–Jejambat FT175
Map
K687 dilabelkan dengan warna merah.
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda
Panjang0.30 km[1] (0.19 mi)
Simpang utama
Hujung barat FT175 di Kampung Pulau Chengai
Hujung timur K603 di Taman Jerai
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K687 (Jalan Guar Nenas–Jejambat FT175 atau Jalan Pulau Chengai) ialah jalan negeri pendek yang terletak di bahagian utara Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia. Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K687 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 0.3 kilometer (0.2 bt),[1][2] menghubungkan Kampung Pulau Chengai di barat dengan Taman Jerai di timur dengan melalui kawasan perkampungan tersebut.[3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Dari penghujung timur di Taman Jerai, Jalan Negeri Kedah K687 bermula di persimpangannya dengan Jalan Guar Nenas K603 berhampiran dengan persimpangan empat Jalan Gurun–Kepala Batas FT175 (bekas laluan K10). Ia akan menuju ke timur melalui kawasan perumahan dan perniagaan. Di sepanjang Jalan Guar Nenas–Jejambat FT175 K687 tiada persilangan dengan jalan utama. Jajaran K686 akan diteruskan hingga ke penghujung barat berhadapan dengan Jejambat FT175 yang menyeberangi landasan kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), pengguna hanya dibenakan untuk ke arah timur sahaja.[3][2] Secara keseluruhan, Jalan Guar Nenas–Jejambat FT175 K687 dikelaskan sebagai jalan raya tunggal dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Gurun, salah satu mukim di Daerah Kuala Muda.[3][2]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[3]DestinasiCatatan
Kampung Pulau Chengai0.0 FT175Kampung Sungai Ibor, Jeniang, GurunPenghujung barat
Taman Jerai0.3 K603Pulau Bunting, Guar Chempedak, Sungai PetaniPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b @JKRKMS (29 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 8 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
  2. ^ a b c Penyumbang OpenStreetMap (15 Januari 2022). "Peta Laluan Negeri Kedah K687" (dalam bahasa Inggeris). OpenStreetMap. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  3. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 16 Januari 2022.