Jalan Negeri Kedah K707

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K707
Jalan Sungai Limau
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Daerah Baling
Panjang6.70 km[1] (4.16 mi)
Simpang utama
Hujung utara K10 di Kampung Bongor
Persimpangan utama
Hujung selatanK15 K15 di Kampung Sungai Limau
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K707 (K707) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian timur Daerah Baling, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Baling dan memiliki panjang keseluruhan iaitu, 6.70 kilometer (4.2 bt).[1] Jalan negeri ini menghubungkan Kampung Bawah Gunong di utara dengan Bandar Baling di selatan.[3]

Deskripsi laluan[sunting | sunting sumber]

Jajaran[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri Kedah K707, bermula di Kampung Batu 48 Bongor, dalam pentadbiran Mukim Bongor, salah satu mukim dalam penyeliaan Daerah Baling; di simpang tiga K10 (Jalan Weng). Jalan raya ini akan menuju ke barat, melalui kawasan perkampungan dan perhutanan hijau di Kampung Banggol Saga. Ditengah-tengah perjalanan, jalan raya ini akan melintasi anak sungai Sungai Ketil cabang ke-65. Jalan raya ini akan bersimpang tiga hala dengan Jalan Rentas Pedalaman Kedah Timur (TEKIH), dan jajaran K707 akan membengkok terus ke arah barat daya. Jajaran sedia ada K707 akan bertindih dengan TEKIH sehingga di Kampung Sungai Limau, walaupun status kedua-dua jalan raya itu adalah berbeza.[4][5]

Kampung Becah Tok Bulan merupakan tempat sempadan antara dua mukim iaitu Mukim Bongor dan Mukim Pulai. Di sini juga, K707 akan melintasi anak sungai dari Charok Bangkong. Seterusnya, ia akan bersimpang dengan jalan lama K707 yang menuju ke Kampung Hajah Halimah dan Kampung Charok Bakong; simpang kecil ini terletak di kawasan perkampungan Kampung Dalam Wang. Masing-masing terletak di Kilometer 3.1 dan Kilometer 3.7. Terdapat juga simpang kecil menuju ke Sekolah Kebangsaan Dalam Wang, yang terletak diantara dua simpang kampung tersebut. Sebelum simpang Kampung Charok Bakong, jalan raya ini akan melintasi sebatang sungai yang bernama Sungai Limau. Jajaran diteruskan menelusuri Bukit Wang, ia akan bersimpang dengan jalan kampung yang menuju ke Kampung Baru.[4][5]

Di kawasan Kampung Sungai Limau, K707 akan melencong ke arah barat, meninggalkan pertindihan TEKIH, berdekatan dengan Madrasah Darussaadah. Ia akan bersimpang tiga dengan Jalan Charok Sik, keadaan jalan raya akan menuju ke arah selatan dan tamat di simpang tiga K15 (Jalan Parit Panjang), berdekatan dengan Pejabat Penghulu Mukim Pulai. [4][5] Jajaran Jalan Negeri Kedah K707 sebahagian besarnya terletak di Mukim Pulai, dan selebihnya terletak di Mukim Bongor.[2][5] Hampir kesemua bahagian jalan K707, jenis jalan raya yang diguna pakai ialah jalan raya tunggal dengan dua lorong.[4]

Nama[sunting | sunting sumber]

Ia dikenali sebagai Jalan Sungai Limau dalam kalangan penduduk setempat, namun nama yang telah diwartakan dalam Sistem Maklumat Rekod–Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi Jalan Negeri Kedah K707 ialah Jalan Batu 48 Bongor–Sungai Limau.[1]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Baling, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Batu 48 Bongor0.00 (Jalan Weng) – Kampung Gulau, Kampung Weng, Sik, Durian BurungPenghujung utara K707
Kampung Banggol Saga2.00TEKIH – Kampung Banggol Leban, Kampung MakliahPertindihan TEKIH mula
Kampung Dalam Wang3.10Jalan Lama Sungai Limau – Kampung Hajah Halimah
3.50Jalan Kampung Padang Che Mas – Kampung Padang Che Mas, SK Dalam Wang
3.70Jalan Kampung Charok Bakong – Kampung Charok Bakong
Kampung Sungai Limau5.00Kampung Baru, Surau Al Shaariah Al Makmuriah
6.10TEKIH – Pulai, Kampung Sungai Limau DalamPertindihan TEKIH tamat
6.30Kampung Charok Sik, Kampung Relau, Kampung Charok Kelian
6.70K15 (Jalan Parit Panjang) – Parit Panjang, Kampung SirakoPenghujung selatan K707
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Baling" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Januari 2020. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Baling, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 14 Februari 2019. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c d e "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2022.
  5. ^ a b c d World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187,950. ISBN 983-2192-36-6.