Jalan Negeri Kedah K730

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K730
Jalan FELCRA Weng
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya Baling
Panjang3.18 km (1.98 mi)
Simpang utama
Hujung baratFELCRA Weng
Hujung timur K10 / TEKIH di Kampung Memali
Lokasi
Destinasi
utama
Kampung FELCRA Weng
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K730 (Jalan FELCRA Weng) ialah jalan negeri di utara Daerah Baling dan Sik, Kedah, Malaysia.[1] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Baling. K730 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 3.18 kilometer (2.0 bt),[2] menghubungkan FELCRA Weng di barat dengan Kampung Memali di timur.[3][4]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Dari penghujung timur di Kampung Memali, Jalan Negeri Kedah K730 bermula di persimpangannya dengan dua jalan yang bertindih iaitu, Jalan Baling–Sik K10 dan Jalan Rentas Pedalaman Kedah Timur (TEKIH). Ia akan menuju ke arah barat melalui kawasan perkampungan dan hutan. Di sepanjang Jalan FELCRA Weng, tidak ada persilangan antara jalan utama, ia akan membengkok ke arah selatan, selepas melepasi sempadan antara dua daerah iaitu, Baling dan Sik. Jalan K730 diteruskan hingga di penghujung barat, di FELCRA Weng / Kampung Weng Dalam.[4]

Secara keseluruhan, Jalan FELCRA Weng K730 dikelaskan sebagai jalan raya tunggal dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Baling. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Siong di Baling dan Mukim Sik di Sik.[1][2]

Senarai simpang[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Kedah, Malaysia.

DaerahLokasikm[4]DestinasiCatatan
BalingKampung Memali0.00 K10Baling, Durian Burung, Kampung Charok Putih, GerikPenghujung timur
SikFELCRA Weng3.18Penghujung barat
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Baling" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 14 Februari 2019. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  2. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Baling" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-01-01. Dicapai pada 2021-08-31.
  3. ^ Bahagian Kejuruteraan JKR (2001). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-03-08. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.