Jalan Negeri Kedah K752

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K752
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Baling
Panjang0.79 km[1] (0.49 mi)
Simpang utama
Hujung baratK753 K753 berhampiran Kampung Charok Landak
Persimpangan utama
Hujung timur FT4 di Kampung Landak
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K752 (Jalan IADP Kampung Landak) ialah jalan negeri biasa dan pendek yang terletak di bahagian tengah Daerah Baling, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Baling,[2][3] dan memiliki panjang keseluruhan iaitu, 0.79 kilometer (0.5 bt).[1] Jalan negeri ini menghubungkan Kampung Charok Landak di barat dengan Kampung Landak di timur.[4]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan IADP Kampung Landak K752 bermula dengan kilometer sifar di persilangan dengan Lebuhraya Timur–Barat FT4 di Kampung Landak, berhampiran dengan Persimpangan Jalan Alernatif Kupang–Baling. K752 akan melalui kawasan pedalaman dan perhutanan hijau. Jalan negeri ini tidak bersilang dengan jalan utama apapun di sepanjang jajaran laluan. Jajaran K752 akan berakhir berhampiran dengan Kampung Charok Landak, bersimpang tiga dengan Jalan IADP Kampung Chenderai K753.[4][5] Secara keseluruhan, K752 ialah sebuah jalan negeri kategori biasa, jalan raya tunggal dengan dua lorong, terletak di kawasan luar bandar serta terletak sepenuhnya di Mukim Kupang, Daerah Baling.[1][5]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Baling.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Charok Landak4.7K753 K753Kampung Chenderai, Kuala Pegang, ButterworthPenghujung barat
Kampung Landak0.0 FT4Baling, Kampung Sadik, Pengkalan HuluPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Baling" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-01-01. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ a b @JKRDaerahBaling (March 29, 2016). "Senarai Kod dan Jalan di JKR Daerah Baling, Kedah" (Twit). Dicapai pada 2 Januari 2022 – melalui Twitter.
  3. ^ Jurutera Daerah JKR Daerah Baling (2022). "Dokumen Sebutharga: Sebutharga Kerja-Kerja Memotong Rumput dan Senggara Sistem Perparitan Serta Lain-Lain Yang Berkaitan di Jalan Negeri (Zon 2) Daerah Baling, Kedah Darul Aman (Pakej 1)" (PDF). idaftar.kedah.gov.my. Kerajaaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2022. Dicapai pada 24 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  5. ^ a b World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187 950. ISBN 983-2192-36-6.