Jalan Negeri Kedah K822

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K822
Jalan Jambatan Lunas, Jalan Jambatan Sungai Seluang
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kulim
Panjang2.23 km[1] (1.39 mi)
Simpang utama
Hujung barat FT136 di Kampung Batu 6
Hujung timur K811 / K812 di Kampung Sungai Seluang.
Lokasi
Destinasi
utama
  • Kampung Aman
  • Taman Aman
  • Taman Desa Sentosa
  • Taman Makmur
  • Taman Simfoni
  • Taman Industri Makmur
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K822 (Jalan Jambatan Lunas atau Jalan Jambatan Sungai Seluang) ialah jalan negeri yang melalui kawasan perkampungan dan perumahan di bahagian barat Daerah Kulim, salah satu daerah di Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kulim. K822 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.23 kilometer (1.4 bt).[1] Jalan negeri ini menghubungkan Kampung Batu 6 di barat dengan Kampung Sungai Seluang.[3][4]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Dari penghujung barat, K822 (Jalan Jambatan Lunas) bermula di simpang tiga FT136 (Jalan Bandar Baharu–Kuala Ketil) di Kampung Batu 6, berdekatan dengan Balai Polis Lunas. K820 akan menuju ke arah timur laut menuju melalui kawasan Kampung Aman. Berhampiran dengan padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lunas, terdapat simpang menuju ke Taman Desa Sentosa. K820 melewati kawasan perumahan dan bersimpang dengan jalan menuju ke Taman Simfoni, berhampiran stesen pencawang elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB). Ia akan melintasi sungai bernama Sungai Seluang; jambatan itu dikenali sebagai Jambatan Lunas atau Jamabatan Sungai Seluang. K820 akan melalui Kampung Sungai Seluang, dan seterusnya bersimpang dengan jalan ke Taman Makmur, Taman Industri Makmur serta Taman Aman. K820 akan tamat di persimpangan K811 (Jalan Naga Lilit) dan K812 (Jalan Sepakat/Jalan Sungai Seluang).[4][5]

Jajaran Jalan Negeri Kedah K822 sebahagian besarnya terletak di Mukim Sungai Seluang, dan selebihnya terletak di Mukim Lunas. Ia dipisahkan dengan Jambatan Lunas, di mana Sungai Seluang melintasinya.[2][5] Nama jalan untuk K822 yang telah diwartakan dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) ialah Jalan Jambatan Lunas–Sungai Seluang.[1] Hampir kesemua bahagian jalan K822, jenis jalan raya yang diguna pakai ialah jalan raya tunggal dengan dua lorong.[4]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kulim, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Batu 60.0 FT136 (Jalan Bandar Baharu–Kuala Ketil) – Lunas, Padang Serai, Kulim, Taman GemilangPenghujung barat
Kampung Aman0.6Jalan Sentosa 2 – Taman Desa Sentosa, Taman Desa Permai
0.9Jalan Simfoni 4 – Taman Simfoni
Kampung Sungai Seluang1.1Jambatan Sungai Seluang (atau Jambatan Lunas)
1.2Jalan Taman Makmur – Taman Makmur, Taman Desa Makmur
1.4Jalan Makmur 7 – Taman Industri Makmur
1.7Jalan Aman 9 – Taman Aman
2.2 K811 / K812Kampung Naga Lilit, Paya Besar, Gerik, ButterworthPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kulim" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Bandar Baharu/Kulim, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-07-16. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ Bahagian Kejuruteraan JKR (2001). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-03-08. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  5. ^ a b World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187,950. ISBN 983-2192-36-6.