Jalan Negeri Kedah K906

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K906
Jalan Sungai Kechil Ilir
Laluan K906 dilabelkan dengan warna merah.
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bandar Baharu
Panjang7.70 km[1] (4.78 mi)
Simpang utama
Hujung baratPekan Sungai Kecil Ilir
Persimpangan utamaP148 Jalan Kampung Besar–Sungai Kechil
K134 Jalan Sungai Kechil Ilir-Relau
Jalan Bandar Baharu–Kuala Ketil
Hujung timurKampung Air Putih
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Sungai Kechil Ilir (Laluan Negeri Kedah K906) ialah jalan negeri yang terletak di Daerah Bandar Baharu, Kedah, Malaysia.[2]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Sungai Kechil Ilir atau juga dikenali sebagai Jalan Sungai Kechil Ilir-Air Putih, diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Bandar Baharu dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 770 kilometer (478.5 bt),[1] menghubungkan Pekan Sungai Kecil Ilir di barat dengan Kampung Air Putih di timur.[3] Jenis jalan raya yang digunakan di hampir kesemua bahagian Jalan Sungai Kechil Ilir ialah jalan raya tunggal.[4][5]

Permulaan laluan ini terletak di Kampung Air Putih, di persimpangannya dengan Jalan Bandar Baharu–Kuala Ketil (Laluan Persekutuan 136). Laluan menuju ke barat laut melalui kawasan perkampungan dan perladangan. Kira-kira 1.6 kilometer (1.0 bt) dari penghujung timur, laluan akan membengkok ke arah barat dan menuju ke simpang kecil untuk masuk ke kawasan perkampungan Kampung Batu Hampar. Selepas melepasi simpang kecil tersebut, akan terdapat simpang kecil lagi menuju ke Taman Rekreasi Air Terjun Batu Hampar. Seterusnya, di Pekan Sungai Kecil Ilir, laluan ini akan bersimpang dengan Jalan Sungai Kechil Ilir-Relau (Laluan Negeri Kedah K134). Laluan diteruskan hingga di penghujungnya di sempadan antara dua negeri iaitu, Kedah dan Pulau Pinang; dilanjutkan dengan Jalan Kampung Besar–Sungai Kechil (Laluan Negeri Pulau Pinang P148).[3][4][5]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Bandar Baharu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4][5]DestinasiCatatan
Kampung Air Putih0.00 FT136 — Bandar Baharu, Serdang, Kuala LumpurPenghujung timur
Kampung Batu Hampar2.10Kampung Batu HamparSimpang tiga
2.50Taman Rekreasi Air Terjun Batu HamparSimpang tiga
Pekan Sungai Kecil Ilir7.20K134 K134Pekan Relau, Kampung PadangSimpang tiga
7.70K148 P148Kampung BesarPenghujung barat
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Bandar Baharu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Bandar Baharu/Kulim, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-07-16. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Bahagian Kejuruteraan JKR (2003). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-04-20. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  5. ^ a b c Google Inc. "Peta Google — K906" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]