Jalan Negeri Kedah K678

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jalan Pahlawan)
Jalan Negeri Kedah K678
Jalan Pahlawan
Kedah State Highway K678 (Jalan Pahlawan) 2.jpg
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda
Panjang1.09 km[1] (0.68 mi)
Simpang utama
Hujung baratKem Lapangan Terbang
Persimpangan utama Jalan Butterworth–Alor Setar
Hujung timurTaman Ria
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Pahlawan (Laluan Negeri Kedah K678) ialah jalan negeri yang terletak di tengah Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K678 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.09 kilometer (0.7 bt),[1] menghubungkan Kem Lapangan Terbang di barat dengan Taman Wira di timur dengan melalui kawasan perumahan Taman Wira, Taman Lagenda Indah dan Lagenda Heights.[4]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Pahlawan (K678) bermula di persimpangan dengan Jalan Butterworth–Alor Setar (Laluan 1), di Taman Ria; berhampiran dengan sebuah sekolah bantuan kerajaan iaitu, Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mohamad Jiwa, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan, dan Komplek Penyayang milik Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda. Ia akan menuju ke barat melalui kawasan perniagaan dan perumahan. Tidak jauh dari penghujung timur, hanya 350 meter (0.2 bt) sahaja, laluan K678 akan bersilang dengan Jalan Lagenda Utama; jalan utama untuk ke perumahan Lagenda Heights dan juga jalan masuk kedua sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sungai Petani dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Apong. Sebelum di peghujung laluan K678, akan terdapat simpang empat, jika ke utara pengguna akan ke Taman Desa Jaya melalui Jalan Desa Jaya 8 atau ke selatan pengguna akan ke Taman Wira dan Taman Kuala Muda melaui Jalan Wira. Simpang empat ini dilengkapi dengan lampu isyarat. Jajaran Jalan Pahlawan (K678) berakhir di jambatan menyeberangi landasan kereta api milik Keretapi Tanah Melayu.[4][5]

Jalan Pahlawan (K678) berjenis jalan raya tunggal dengan empat lorong dari simpang Jalan Butterworth–Alor Setar (Laluan 1) hingga di Taman Lagenda Indah dan dua lorong dari Taman Lagenda Indah sehingga ke penghujung hayat laluan ini.[4] Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Sungai Petani, salah satu mukim di Daerah Kuala Muda.[2]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4][5]DestinasiCatatan
Taman Ria0.00 FT1Sungai Petani, Butterworth, Kuala LumpurPenghujung timur
Lagenda Heights0.35Jalan Lagenda Utama — Lagenda Heights, Lotus's Sungai Petani UtaraSimpang empat
Taman Lagenda Indah0.55Jalan Lagenda Indah — Taman Lagenda Indah, Taman Wira
Taman Wira0.85Jalan Wira / Jalan Desa Jaya 8 — Taman Wira, Taman Wira Indah, Taman Desa Jaya, Taman Kuala Muda
1.09Kem Lapangan TerbangPenghujung barat; kawasan kem tentera
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ @JKRKMS (29 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 7 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit). Dicapai pada 15 Januari 2022 – melalui Twitter.
  4. ^ a b c d "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  5. ^ a b Penyumbang OpenStreetMap (15 Januari 2022). "Peta Laluan Negeri Kedah K678" (dalam bahasa Inggeris). OpenStreetMap. Dicapai pada 25 Februari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]