Jalan Sesat Ke Syurga
| Jalan Sesat Ke Syurga | |
|---|---|
| Genre | Drama Cinta Agama Keluarga Jenayah |
| Ditulis oleh | Siti Jasmina Ibrahim |
| Pengarah | Shuhaimi Zulkefli |
Dibintangi oleh | Dato' Aaron Aziz Elizad Sharifuddin |
| Lagu pembukaan | "Luka" oleh Kumpulan MADAM |
| Lagu penutup | "Luka" oleh Kumpulan MADAM |
| Negara asal | |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 35 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Julian Jayaseela Victor Osman Ali |
| Penerbit | Julian Jayaseela Victor Mussadiq Hamid Merican (bersekutu) Wan Farid (bersekutu) Yusneezam Yusop (penyelaras) |
Syarikat penerbitan | Nuansa Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Astro Prima |
| Format gambar | 1080i (HDTV) |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 3 Ogos 2020 – 18 September 2020 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Dua Takdir Cinta |
| Diikuti oleh | Angkara Cinta |
Jalan Sesat Ke Syurga adalah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Shuhaimi Zulkefli, dbintangi oleh Dato' Aaron Aziz dan Elizad Sharifuddin. Siri drama mula bersiaran di Slot Tiara, Astro Prima bermula 3 Ogos 2020 menggantikan drama Dua Takdir Cinta .[1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Hamzah (Aaron Aziz) dijodohkan dengan Inara (Siti Elizad) dan berhadapan dengan ajaran songsang fahaman Islam Liberal kedua ibu bapa mertuanya (Jalaluddin Hassan & Aleza Shadan) yang mengetuai kumpulan ajaran sesat masing-masing.
Inara adalah gadis periang yang hanya mahu berpeleseran. Selepas mengalami pengalaman 'mati hidup semula', Inara mula merasakan yang ini ialah peluang kedua untuk dia membetulkan semua kesilapan lalu. Inara mula sedar yang masih banyak yang perlu dipelajarinya Inara mula rapat dengan Hamzah. Namun dalam mencari jalan kebenaran, dia keliru dengan fahaman Islam yang diamalkan oleh kedua ibu bapanya. Inara mula belajar tentang Hawa Islam tetapi rasa ada sesuatu yang janggal tentang pertubuhan itu. Inara juga mula didedahkan dengan Gerakan Elit.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Dato' Aaron Aziz sebagai Hamzah
- Elizad Sharifuddin sebagai Inara
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Zul Helmy sebagai Afiq
- Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Zaqwan (Ayah Inara)
- Aleza Shadan sebagai Asyirah (Ibu Inara)
- Nelissa Nizam sebagai Ain
- Zalfa Zin sebagai Sally
- Syrul Ezwan sebagai Rem
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Drama Jalan Sesat Ke Syurga mcentralmy. Dicapai pada 2 April 2023.