Jalan kampung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jalan kampung berhampiran Segamat, Johor.
Seekor kelinci liar di sebatang jalan kampung di England.
Tempat berselisih di sebatang jalan kampung di Scotland.

Jalan kampung merupakan sejenis jalan raya sempit di kawasan kampung. Biasanya ia dibina sebagai jalan raya selorong (iaitu, jalan berturap yang tidak cukup lebar untuk dua kenderaan berselisih), memandangkan kecenderungan kenderaan untuk berselisih adalah jarang berikutan bilangan kenderaan yang sangat kurang.

Di Malaysia, jalan kampung dibina di bawah bidang kuasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, dengan Jabatan Kerja Raya Malaysia bertindak sebagai badan pelaksana.[1] Kebanyakan jalan kampung adalah dari jenis jalan raya selorong, tetapi ada juga jalan kampung yang dibina sebagai jalan dua lorong bagi menampung kapasiti trafik yang lebih tinggi. Piawaian JKR R1 digunakan bagi jalan kampung selorong, dengan lebar minimum jalan 5.0 m (termasuk bahu jalan) bagi membolehkan kenderaan dari dua arah yang bertentangan beralih ke tepi semasa berselisih.[2] Di sesetengah negara lain pula, titik berselisih dibina di sepanjang jalan kampung untuk membolehkan kenderaan berselisih.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jalan Kampung - dari laman web rasmi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia. Dicapai pada 2 November 2011.
  2. ^ Arahan Teknik (Jalan) 8/86 - A Guide on Geometric Design of Roads oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia.