Jalan mati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jalan mati di Sacramento, California.
Papan tanda jalan mati di Belgium.

Jalan mati merupakan sejenis jalan raya yang hanya ada satu jalan keluar masuk pada salah satu hujungnya manakala hujung satu lagi pula tidak bersambung dengan mana-mana jalan lain. Sementara ia digunakan atas pelbagai tujuan pada masa lampau, salah satu kegunaan moden jalan mati ialah peredaan lalu lintas.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Dalam perancangan bandar, jalan mati dibina bagi mengehadkan lalu lintas di kawasan kediaman. Sementara sesetengah jalan mati menyediakan hanya satu jalan keluar masuk, sesetengah jalan mati lain pula membenarkan penunggang basikal, pejalan kaki atau lalu lintas bukan automotif keluar masuk melalui lorong atau denai penghubung. Rekaan jalan mati ini berupaya mengurangkan kesesakan jalan raya dengan hanya membenarkan pemilik kediaman yang dilaluinya atau pelawatnya untuk melalui jalan mati tersebut tanpa perlu bercampur dengan lalu lintas lain.

Jalan mati juga turut memudahkan kawalan keselamatan di kawasan kediaman, berikutan terdapat hanya satu jalan keluar masuk ke kawasan kediaman terlibat.